Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Didakwa Curi 9 Barangan Termasuk Coli & Seluar Pendek Dalam Butik Sampai RM491!

CURI BRA

Seorang lelaki yang bekerja sebagai mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa atas dakwaan curi bra dan beberapa barangan pakaian di sebuah butik terkenal minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Aidil Mustaqim Zulkifeli, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Baca juga: “Kalau Duduk Rumah Pun Tak Boleh…”- Atok Usia 71 Gigih Jadi ‘Grab Rider’ Demi Sara Anak Strok

LELAKI CURI BRA & BARANGAN LAIN BERNILAI RM491

CURI BRA

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa mengambil sembilan barangan milik sebuah butik pakaian yang terletak di pusat beli-belah di Jalan Lagenda, Taman Lagenda, Melaka Tengah kira-kira jam 7.50 malam pada Ahad lalu.

Antara barangan yang didakwa dicuri termasuk baju-T lelaki, pakaian wanita, bra, seluar pendek dan gaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM491.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berulang, tertuduh juga boleh dikenakan hukuman sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin yang mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000.

CURI BRA

Sekadar gambar hiasan (Kredit: AI)

Namun begitu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Mawardi Zainudin memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan.

Menurutnya, tertuduh yang memperoleh pendapatan sekitar RM1,500 sebulan turut menanggung ibunya yang sedang menghidap barah otak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×