Euforia Bola 2026
Didik

Slip Tak Laku Untuk Mohon Kerja Kerajaan, Ini Cara Mudah Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara ‘Online’!

sijil SPM online

Bila dah masuk alam pekerjaan, barulah satu demi satu dokumen penting mula dicari semula. Antaranya termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan itu, perkongsian tentang cara dapatkan sijil SPM online ini dianggap sangat berguna terutama untuk mereka yang kehilangan sijil asal.

Baca juga: Intelektual Rakyat Malaysia Dalam Kelompok Paling Pintar Dunia, Asia Terus Ungguli Ranking IQ Global!

CARA DAPATKAN SIJIL SPM ONLINE

sijil SPM online

Makluman JPA

Menerusi perkongsian oleh portal e-Central di Facebook, ramai turut baru mengetahui bahawa slip keputusan peperiksaan sebenarnya tidak mencukupi untuk sesetengah urusan rasmi terutama permohonan kerja kerajaan.

Perkara itu juga pernah dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa slip keputusan SPM tidak boleh digunakan bagi permohonan jawatan kerajaan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pemohon perlu mengemukakan sijil sebenar.

Bagi yang kehilangan sijil atau belum pernah mengambil sijil asal sebelum ini, anda sebenarnya boleh membuat permohonan salinan secara dalam talian menerusi portal rasmi e-Lembaga Peperiksaan.

Berikut langkah mudah yang dikongsikan:

  1. Pergi ke portal rasmi e-Lembaga Peperiksaan.
  2. Login akaun terlebih dahulu. Jika belum pernah daftar, perlu buat pendaftaran sebagai pengguna baharu.
  3. Klik pada bahagian “Permohonan Salinan”.
  4. Pilih jenis peperiksaan seperti SPM, PMR, SVM atau SPMU.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan ikut arahan seterusnya.
  6. Buat bayaran sebelum menghantar permohonan.

Untuk mendapatkan sijil original Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) pula, permohonan perlu dibuat menerusi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Baca juga: Lepasan SPM 2025 Boleh Semak Tawaran Tingkatan 6 Mulai 10 Pagi Hari Ini & Cara Buat Rayuan Bagi Yang Tak Dapat!

sijil SPM online

Bayaran dan pilihan ambil sijil

Menurut perkongsian tersebut, bayaran untuk mendapatkan salinan sijil SPM ialah RM30 bersama caj postage RM10. Namun jika mahu lebih cepat, pemohon juga boleh memilih pilihan pickup untuk mengambil sendiri sijil di kaunter selepas siap diproses.

Menariknya, sistem tersebut turut membolehkan pengguna menyemak status permohonan secara online supaya lebih mudah untuk mengetahui sama ada sijil sudah siap dicetak atau belum.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian ramai warga maya kerana ada yang mengaku selama ini hanya menyimpan slip keputusan peperiksaan tanpa mengambil sijil sebenar.

Ada juga yang baru mengetahui bahawa sijil original sangat penting terutama bagi urusan pekerjaan, sambung belajar dan dokumentasi rasmi tertentu.

Jadi bagi yang masih belum ada sijil asal atau sudah hilang, mungkin ini masa sesuai untuk mula buat permohonan semula sebelum diperlukan secara mengejut nanti.

Baca juga: [TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh ‘Check’ Senarai Institusi INI

Sumber: Facebook e-Central

FT Image: e-Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×