Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan mempertimbangkan keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak dianggap tidak adil.
Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional
ISU KAKITANGAN KONTRAK TIADA SPM DITAMATKAN, CUEPACS ANGGAP TAK ADIL

Freepik
Pertama sekali, Cuepacs mencadangkan kerajaan agar memberi pengiktirafan pengalaman kerja. Kerajaan hendaklah mengambil kira pengalaman enam tahun dalam perkhidmatan kontrak untuk penyambungan perkhidmatan mereka ke gred 1 SSPA (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) sebagaimana yang diberikan kepada jawatan tetap.
“Kedua, pengekalan jawatan kontrak SSM (Sistem Saraan Malaysia). Bagi mereka yang tidak cukup enam tahun pengalaman dan tidak memiliki SPM, lantikan kontrak mereka perlu diteruskan di bawah sistem SSM bagi memastikan mereka tidak kehilangan pekerjaan secara mendadak,” jelasnya.
Cuepacs menggesa kerajaan agar mengambil pendekatan lebih adil terhadap nasib kakitangan kontrak yang sudah lama berkhidmat dalam sektor awam ini.
“Mereka menyumbang kepada perkhidmatan awam dengan penuh dedikasi serta tidak seharusnya diperlakukan seperti pekerja sementara yang boleh diberhentikan begitu sahaja,” jelasnya.
Selain itu, Adnan turut menyatakan enam isu dihadapi penjawat awam yang kontrak perkhidmatannya tidak disambung. Antaranya adalah membabitkan penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak gred 11 hingga 18 kerana tidak memenuhi syarat kelayakan SPM walaupun telah lama berkhidmat dan menyumbang kepada sektor awam.
Seterusnya, isu berkenaan dengan pengalaman yang tidak diambil kira apabila golongan tersebut telah berkhidmat selama enam tahun tetapi tidak layak dipertimbangkan ke gred satu SSPA.
Baca juga: Kerajaan Arab Saudi Larang Kanak-Kanak Sertai Musim Haji 2025, Ini Sebabnya…
Sumber: Sinar Harian
