Euforia Bola 2026
Famili

Tujuh Lif Kondo Rosak Kerana Hujan Lebat, Ibu Gigih Dukung Anak Naik Tangga Hingga Tingkat 36!

lif rosak

Bagi penghuni apartmen atau kondominium bertingkat tinggi, lif merupakan kemudahan penting dalam urusan harian. Bayangkan jika lif rosak dan tidak boleh digunakan, khususnya bagi yang tinggal di tingkat tinggi, mempunyai anak kecil atau membawa barang, ia pasti menjadi cabaran besar dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Elaun Pasca Cuti Bersalin Terbaharu: Lebih Fleksibel, Lebih Mesra Ibu Bekerja! Ini Apa Anda Perlu Tahu

LIF ROSAK, IBU GIGIH DUKUNG ANAK NAIK TANGGA

lif rosak

Foto: Tiktok @izzatyzulkifli

Situasi seperti ini bukan sahaja memenatkan secara fizikal, malah boleh menjadi pengalaman mencabar terutama apabila berlaku kecemasan atau cuaca buruk.

Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok oleh seorang wanita dikenali sebagai Izzaty Zulkifli menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalaman terpaksa menaiki tangga hingga ke tingkat 36 bersama dua orang anak selepas semua lif di kondominiumnya tidak dapat digunakan.

Tujuh Lif Rosak Selepas Hujan Lebat

Menerusi video yang dimuat naik, Izzaty memaklumkan bahawa kesemua tujuh lif di bangunan kediamannya ditutup sementara dipercayai susulan hujan lebat.

Menurutnya, notis penutupan lif itu memaklumkan bahawa operasi hanya akan disambung semula pada keesokan hari.

Situasi tersebut menyebabkan dia bersama dua anaknya tidak mempunyai pilihan selain menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat 36.

Anak Kedua Mula Penat Ketika Sampai Tingkat 18

lif rosak

Foto: Tiktok @izzatyzulkifli

Dalam perkongsian itu, Izzaty turut menceritakan perjalanan mereka yang bukan mudah apabila anak keduanya mula keletihan ketika mereka tiba di tingkat 18.

Walaupun cuba meneruskan perjalanan sedikit demi sedikit, keadaan menjadi semakin sukar apabila mereka sampai di tingkat 22.

Menurutnya, anaknya sudah terlalu penat untuk berjalan sendiri sehingga dia terpaksa mendukung anak tersebut sambil meneruskan pendakian ke tingkat atas.

Jiran Hulur Air Ketika Sedang Berehat

lif rosak

Foto: Tiktok @izzatyzulkifli

Di sebalik kepenatan yang dilalui, Izzaty turut berkongsi momen menyentuh hati apabila terdapat jiran yang prihatin menghulurkan air minuman ketika mereka berhenti berehat di tangga.

Tindakan kecil itu nyata memberi sedikit kekuatan dan semangat untuk mereka meneruskan perjalanan hingga ke rumah.

Perkongsian tersebut turut membuatkan ramai tersentuh melihat sikap prihatin sesama jiran dalam situasi mencabar.

Ambil Masa 1 Jam 15 Minit Untuk Sampai Rumah

Menurut Izzaty lagi, keseluruhan perjalanan menaiki tangga hingga ke tingkat 36 mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit.

Katanya, perjalanan menjadi lebih lama selepas dia mula mendukung anak dari tingkat 18 akibat terlalu penat.

Malah, dia berseloroh mengatakan dirinya sudah “tak rasa kaki” selepas akhirnya berjaya tiba di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dialami wanita itu bersama anak-anaknya.

Dalam masa sama, ramai juga memuji ketabahan seorang ibu yang sanggup menggagahkan diri mendukung anak demi memastikan mereka selamat sampai ke rumah.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila lif rosak di kediaman masing-masing, terutama ketika berlaku gangguan elektrik atau cuaca buruk.

@izzatyzulkifli Tahu one day akan jadi benda mcm ni tapi tak sangka secepat ini. Rumah baru tak smpai setahun owner duduk😂 Punca air hujan masuk shaft lift. Semoga tak terjadi lagi 🥹. #vierraresidence #liftshutdown #rumawip ♬ Jelly Fish Jam – Techno Mix – Da Fokin


Baca juga: Tulang Isteri Rapuh & Tak Seimbang, Tindakan Suami Ikat Tali Pada Selipar Ketika Tunai Haji Buat Ramai Tersentuh

Sumber: Tiktok @izzatyzulkifli

FT Images: Tiktok @izzatyzulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×