Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Tingkatan 4 Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Ambil Wuduk, Rakan Cedera Parah

renjatan elektrik

Suasana tenang di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, Sarawak bertukar cemas apabila insiden renjatan elektrik meragut nyawa seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ketika mangsa dipercayai sedang mengambil wuduk pada malam Rabu.

Dalam kejadian tersebut, seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan cedera parah manakala seorang lagi rakan mereka terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Baca juga: Gadis 17 Tahun Disyaki Paksa Gugur Kandungan, Kekasih Sorok Janin Dalam Kereta!

renjatan elektrik

Gambar hiasan.

Pelajar maut ketika berada di kawasan ambil wuduk

Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, Rahim Mihos, pihak polis menerima makluman daripada pihak sekolah berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 malam.

Beliau berkata ketika kejadian, tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk sebelum dua daripada mereka dipercayai terkena arus elektrik.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa berusia 16 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Baca juga: “Jangan Salahkan Dia…” Bapa Maafkan Pak Cik Van & ‘Lepaskan’ Nur Aini Umairah Dengan Tenang

renjatan elektrik

Gambar hiasan: Gemini AI

Seorang pelajar terselamat tanpa kecederaan

Dalam masa sama, seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak Sarawak Energy juga telah dimaklumkan bagi memutuskan bekalan elektrik di kawasan tersebut untuk memastikan lokasi berada dalam keadaan selamat.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang mengorbankan seorang pelajar itu.

Insiden tragis berkenaan turut mengundang rasa sedih dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila kejadian berlaku ketika pelajar terbabit dipercayai sedang bersiap untuk menunaikan ibadah.

Baca juga: Kronologi Terkini Kes Nurfisya Zulkifly: Penuntut Kolej Dit*kam 61 Kali, Apa Sebenarnya Berlaku Di Ketereh?

Sumber: Harian Metro

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×