Euforia Bola 2026
Asuh

Ciri Anak Membesar Dalam Suasana Marah & Jeritan, Nampak Biasa Tapi Sebenarnya Dalam Luka..

Anak selalu kena marah

Anak selalu kena marah di rumah sebenarnya sedang melalui satu proses emosi yang jauh lebih kompleks daripada yang kita sangka.

Dalam diam, mereka bukan sekadar mendengar kata-kata tegas atau jeritan, tetapi turut menyimpan setiap rasa takut, keliru dan tekanan yang datang bersama situasi itu.

Baca juga: “Satu Perkataan Pun Besar Maknanya” – Azza Elite Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’ Selepas Bertahun Tunggu

ANAK SELALU KENA MARAH, INI CIRI-CIRI YANG ADA

Anak selalu kena marah

Tanpa disedari, apabila anak-anak kerap didedahkan dengan suara tinggi, jeritan dan kemarahan, itu juga yang akan mereka simpan dalam sistem emosi mereka.

Bukan sekadar tentang apa yang berlaku di luar, tetapi bagaimana mereka melihat diri sendiri, bagaimana mereka menilai emosi, dan bagaimana mereka percaya dunia melayan mereka.

Ada anak yang bila ditegur terus diam. Ramai ibu bapa menyangka mereka sudah faham dan mendengar nasihat. Namun hakikatnya, dalam banyak keadaan, anak itu bukan benar-benar memahami tetapi sedang menahan rasa takut untuk bersuara.

Tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang menganggap anak menjadi degil, melawan dan tidak dengar cakap. Namun di sebalik tingkah laku itu, sebenarnya emosi mereka sudah terlalu penuh dan tidak terurus dengan baik.

Berikut penulis kongsikan ciri-ciri anak yang selalu dibesarkan dengan marah dan suara tinggi:

1. Cepat diam bila ditegur

Bukan kerana benar-benar faham, tetapi kerana takut melakukan kesilapan lagi.

2. Mudah meletup pada perkara kecil

Emosi yang dipendam terlalu lama akhirnya keluar pada situasi yang tidak dijangka.

3. Kurang yakin untuk mencuba benda baru

Takut membuat silap dan takut dimarahi menjadi penghalang utama.

4. Nampak tidak fokus atau sukar mengikut arahan

Otak mereka berada dalam keadaan alert berterusan, bukan kerana sengaja melawan.

Anak selalu kena marah

5. Kurang berkongsi cerita dengan ibu bapa

Apabila tidak rasa selamat secara emosi, anak mula memilih untuk memendam sendiri.

Apa yang boleh ibu bapa lakukan, mudah tapi berkesan:

  • Rendahkan suara sebelum menegur, bukan meninggikan
  • Gunakan sentuhan lembut dan eye contact sebelum bercakap
  • Sampaikan arahan dengan ayat yang pendek dan jelas
  • Ajar anak cara mengurus emosi, bukan sekadar melarang

Hakikatnya, anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka lebih memerlukan ibu bapa yang mampu mengawal emosi sendiri terlebih dahulu sebelum membetulkan emosi anak.

Kadang-kadang, sesuatu yang nampak kecil seperti latihan atau worksheet ringkas di rumah pun boleh membantu anak lebih fokus dan belajar mengurus emosi dengan lebih baik. Perubahan kecil ini, jika konsisten, boleh memberi kesan yang besar dalam perkembangan mereka.

Baca juga: “Gigih Anaqi Nak Puasa 6…”- Amar Baharin Kongsi Anak Ikut Apa Dilihat, Tak Perlu Paksa Tapi Tunjuk…

Sumber: Threads Nor Hazwanie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×