Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi ‘Bua Loy Pisang’ Comel, Cantik Macam Kuih Raya Tapi Rupanya Pencuci Mulut Lemak Manis!

dessert tradisional

Peminat manisan pasti teruja dengan dessert tradisional dari Thailand ini yang bukan sahaja cantik dipandang, malah cukup gebu dan berlemak manis apabila dinikmati panas-panas.

Dikenali sebagai Bua Loy Pisang, pencuci mulut ini sebenarnya tidak terlalu sukar dibuat, cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk mendapatkan bentuk yang cantik dan tekstur yang sempurna.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Sulur Keladi, Sayur Kampung Tepi Paya Jarang Orang Cuba Tapi Sedap Tahap ‘Michelin’

RESIPI DESSERT TRADISIONAL THAILAND BUA LOY PISANG

dessert tradisional

Gambar: Ain Fara

Perkongsian daripada Ain Fara ini menjadi perhatian ramai apabila dia turut berkongsi pengalaman membuat pencuci mulut tersebut.

“Nak makan sekejap saja, nak buat tu lah ambil masa sikit hahaha. Kena kesabaran yang tinggi untuk benda yang cantik ini hehe. Okay saya kongsikan resipi, yang nak cuba boleh cuba. Mudah saja resipinya,” katanya.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Perisa pisang (boleh guna buah pisang jika tiada)
  • 3/4 cawan santan

Cara penyediaan:

  1. Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh.
  2. Tambahkan perisa pisang dan uli sehingga sebati.
  3. Bahagikan doh kepada dua bahagian — satu lebih besar untuk warna kuning dan satu lagi sedikit untuk warna hijau.
  4. Bentukkan doh menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Rebus dalam air mendidih sehingga bebola timbul, kemudian angkat.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk berisi air untuk mengekalkan bentuk yang cantik.

Baca juga: Tak Ramai Tahu Fungsi Gula Batu, Netizen Kongsi Rahsia Dapur Lama Masakan Jadi Lebih ‘Ummph’!

dessert tradisional

Gambar: Ain Fara

CARA BUAT KUAH SANTAN LEBIH PADU

Kuah santan memainkan peranan penting untuk menaikkan rasa pencuci mulut ini supaya lebih lemak dan seimbang.

Bahan-bahan kuah:

  • 1 ½ cawan santan
  • ½ cawan gula
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • Isi kelapa muda

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali isi kelapa muda ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih sambil dikacau perlahan.
  3. Masukkan isi kelapa muda apabila kuah sudah mendidih.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama Bua Loy Pisang.

Gabungan tekstur kenyal Bua Loy bersama kuah santan berlemak dan isi kelapa muda memang cukup memikat selera. Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Minuman Viral Sejuk Tekak ‘Nata De Aloe’ Homemade, Ini Step Penting Proses Aloe Vera Elak Pahit & Berlendir

Sumber: Ain Fara

FT Image: Ain Fara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×