Euforia Bola 2026
Rakyat

MyKad & Pasport Dengan Ciri Keselamatan Baharu Akan Diperkenal Bermula Jun Ini

CIRI KESELAMATAN MYKAD

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) dijangka mula dilaksanakan sepenuhnya pada September ini, selaras dengan penambahbaikan ciri keselamatan MyKad yang akan diperkenalkan seawal Jun.

Langkah ini diambil bagi memperkukuh sistem identiti negara serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak

CIRI KESELAMATAN MYKAD & PASPORT BAHARU BERMULA JUN

CIRI KESELAMATAN MYKAD

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan tersebut menjadi satu fasa penting buat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memperkemas pengurusan identiti serta memastikan urusan pergerakan rakyat dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan lancar.

Inisiatif ini turut melibatkan pengenalan dokumen baharu seperti kad pengenalan dan pasport yang dilengkapi ciri keselamatan terkini, sejajar dengan keperluan semasa serta cabaran keselamatan yang semakin mencabar.

“Saya percaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia dengan pelan A dan pelan B.

“Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa kita akan dapat melepasi saat bersejarah dengan baik kerana sampai satu tempoh, kita kena mengeluarkan dokumen yang baharu sifatnya, dengan ciri keselamatan yang lebih baik dan kita telah berusaha sekian lama untuk ke arah itu,” katanya.

Tambahnya, persediaan ke arah pelaksanaan sistem ini juga telah mencapai tahap yang memuaskan apabila semua keperluan asas telah disediakan, termasuk kemudahan untuk pengisian maklumat permohonan kewarganegaraan selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan.

CIRI KESELAMATAN MYKAD

Laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang giat melaksanakan kerja-kerja naik taraf serta proses migrasi data bagi sistem MyNIISe. Usaha ini bertujuan memperkukuh tahap keselamatan maklumat di samping meningkatkan kecekapan operasi, sekali gus memastikan perkhidmatan imigresen yang lebih stabil, pantas dan mesra pengguna.

Sistem baharu ini bakal menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang telah digunakan lebih dua dekad. Sistem sedia ada dilihat tidak lagi mampu memenuhi keperluan semasa, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan global, peningkatan jumlah pergerakan keluar masuk negara serta keperluan integrasi data yang lebih menyeluruh.

Terdahulu pada Januari, Saifuddin Nasution memaklumkan Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad dengan reka bentuk serta ciri keselamatan baharu dalam tempoh enam bulan sebagai langkah memperkukuh dokumen pengenalan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan kepentingan mempertingkatkan keselamatan sempadan serta memastikan sistem imigresen negara beroperasi dengan lebih cekap dalam menguruskan pergerakan masuk dan keluar rakyat serta pelawat.

Baca juga: Hampir 30 Jam Bertarung Nyawa, Suami Pula Menyusul Pemergian Isteri & Anak Bongsu…

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×