Euforia Bola 2026
Asuh

Tular Kanak-Kanak Diikat & Hanya Berlampin, Serbuan Polis Bongkar Sisi Gelap Sebuah Taska

kes taska

Baru-baru ini, tular di media sosial dengan satu kes taska yang mengejutkan di Indonesia yang didakwa mengabaikan aspek kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.

Rakaman serta gambar yang tular menunjukkan kanak-kanak kecil ditempatkan dalam keadaan yang tidak selesa, dipercayai hanya memakai lampin serta berada dalam ruang yang sempit bersama jumlah penjaga yang tidak mencukupi.

Baca juga: Perbuatan Terbongkar Melalui CCTV, Pengasuh Dipercayai Aniaya Bayi 15 Bulan Buat Ibu Terkedu!

KES TASKA DI INDONESIA TULAR, KANAK KANAK DIDAKWA DIIKAT

kes taska

Foto: Threads @_izhrfn

Lebih membimbangkan, hasil siasatan awal turut mendedahkan keadaan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut berada dalam situasi yang sangat tidak wajar.

Kanak-kanak dipercayai ditempatkan dalam keadaan sesak dan tidak terurus, termasuk hanya dibiarkan tidur di atas lantai tanpa pakaian lengkap.

Difahamkan, nisbah penjagaan juga tidak seimbang apabila seorang pengasuh perlu mengendalikan sehingga 10 orang kanak-kanak pada satu masa, sekali gus menyukarkan pengawasan yang rapi.

Malah, terdapat dakwaan bahawa cara penjagaan tersebut merupakan amalan yang telah lama digunakan di pusat berkenaan atas arahan pihak pengurusan.

Selain itu, premis berkenaan juga dilaporkan mengenakan bayaran perkhidmatan mengikut pakej tertentu, namun keadaan fasiliti tidak sepadan dengan jumlah kanak-kanak yang ditempatkan.

Setiap bilik bersaiz terhad dipercayai menempatkan sehingga 20 kanak-kanak pada satu masa, menyebabkan ruang menjadi terlalu padat.

Situasi tersebut mencetuskan reaksi emosi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa marah, kecewa dan simpati terhadap nasib kanak-kanak terbabit.

Kandungan yang tular itu pantas menjadi perhatian awam sehingga mencetuskan desakan agar pihak berkuasa segera menyiasat kesahihan kejadian tersebut serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Tindakan Pihak Berkuasa dan Hasil Siasatan

kes taska

Foto: Berita Harian

Susulan penyebaran luas di media sosial, pihak polis Indonesia telah melakukan serbuan ke atas sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Yogyakarta, Pulau Jawa, selepas menerima laporan daripada bekas pekerja premis berkenaan.

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa rakaman CCTV yang tular adalah sahih dan sedang dijadikan bahan siasatan.

Dalam perkembangan lanjut, seramai 13 individu termasuk pengasuh dan pengurusan pusat jagaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Mereka berdepan pelbagai pertuduhan termasuk pengabaian kanak-kanak di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia.

Pihak penyiasat turut memaklumkan bahawa keadaan kekurangan kakitangan dipercayai menjadi antara alasan yang diberikan oleh suspek.

Kesan Kepada Mangsa dan Ibu Bapa

Beberapa ibu bapa mangsa turut meluahkan rasa trauma selepas dimaklumkan mengenai keadaan anak masing-masing.

Ada kanak-kanak dilaporkan mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan paru-paru dan kecederaan ringan, yang dipercayai berkait dengan keadaan persekitaran pusat jagaan tersebut.

Kes ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan awam, malah membuka semula perbincangan penting mengenai tahap pemantauan pusat jagaan kanak-kanak, termasuk isu lesen operasi, nisbah penjaga kepada kanak-kanak, serta standard keselamatan yang perlu dipatuhi secara ketat.

Kes yang tular ini menjadi peringatan besar kepada masyarakat bahawa isu penjagaan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan.

Ia menuntut pemantauan lebih tegas daripada pihak berkuasa serta kesedaran ibu bapa dalam memilih pusat jagaan yang sah dan selamat, demi menjamin kebajikan serta hak kanak-kanak terus terpelihara.

 

View on Threads

 

Baca juga: Gusar Hati Mak Ayah Kes Dera Makin Menjadi-Jadi, Ini 5 Cara Pilih Tadika Yang Selamat & Terbaik!

Sumber: Berita Harian, dan Threads @_izhrfn

FT Images: Berita Harian dan Threads @_izhrfn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×