Euforia Bola 2026
Famili

‘Last Ride’ Lagi Satu Jam Sampai Rumah – Pengorbanan Ulang Alik 700KM Demi Isteri Anak Jadi Tragedi

RENTAS NEGARA

Perkongsian menyayat hati ini dikongsikan oleh S Faizzul Syar mengenai pemergian sahabatnya, Azman Mazni, yang disifatkan sebagai seorang suami, ayah dan anak yang sentiasa mengutamakan keluarga walau jauh hingga rentas negara.

Menurut perkongsian tersebut, arwah difahamkan terlibat dalam kemalangan sekitar jam 9.45 malam pada 25 April 2026, hanya beberapa jam selepas kali terakhir mereka berhubung dalam kumpulan WhatsApp sekitar jam 8 malam.

Baca juga: Selepas 2 Bulan Dirawat, Hasrat Bawa Pulang Tidak Kesampaian.. Warga Emas Meninggal Dunia Di Madinah

ULANG ALIK 700KM RENTAS NEGARA BERTUKAR TRAGEDI

RENTAS NEGARA

“Al-Fatihah sahabat Azman Mazni… baru saja last chat dalam group, tak sangka itu perbualan terakhir,” tulisnya.

Arwah digambarkan sebagai seorang yang kerap melakukan perjalanan jauh setiap minggu, dari tempat kerja di Depot Imigresen Papar, Sabah, menuju ke Sarawak sama ada ke Miri atau Sibu.

Perjalanan lebih 700 kilometer itu bukan biasa-biasa, malah perlu merentasi sempadan negara Brunei sebelum sampai ke destinasi.

Di Miri, arwah mempunyai ibu yang perlu dijaga, manakala di Sibu pula isteri dan anak-anak yang menanti kepulangannya. Namun demi tanggungjawab sebagai seorang anak dan suami, perjalanan itu tetap diteruskan walau penat dan jauh.

Dalam setiap perbualan, arwah sering menyuarakan hasrat untuk berpindah bagi memudahkan urusan keluarga. Walaupun sudah mendapat sokongan di peringkat negeri, kelulusan di peringkat ibu pejabat masih belum diperoleh.

Arwah juga pernah mempersoalkan kemungkinan pertukaran jabatan sebagai jalan untuk lebih dekat dengan keluarga yang tersayang.

RENTAS NEGARA

“Kadang seseorang mohon pertukaran bukan sebab suka-suka, tapi sebab ada orang tersayang yang menunggu,” luahnya.

Pemergian arwah turut memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan yang mengenalinya sejak kecil. Mereka membesar di kampung yang sama, belajar bersama, dan akhirnya berkhidmat dalam bidang pekerjaan yang sama.

“Last ride kau… sikit lagi nak sampai rumah. Dekat dah… itu last status WhatsApp kau,” tulisnya pilu.

Arwah juga dikenang sebagai seorang yang banyak berbuat baik, termasuk pernah membantu mencarikan keperluan untuk keluarga rakannya selepas bersalin.

Perkongsian itu diakhiri dengan doa agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, selain berharap keluarga yang ditinggalkan terus tabah menghadapi ujian berat ini.

Baca juga: Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027 Bermula Jam 2 Petang INI

Sumber: Facebook S Faizzul Syar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×