Euforia Bola 2026
Rakyat

Perjalanan Pulang Di Jempol Bertukar Tragedi, 5 Beradik Dilanggar Lori Yang Hilang Kawalan!

5 beradik

5 beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Besar Palong 16, Jempol pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 2.46 petang itu meragut nyawa pemandu kereta, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, manakala dua adiknya cedera parah.

Baca juga: Kakak Dipaksa Matang Sebelum Usia & Tinggal Berasingan, Kisah Sebak Keluarga Ini Raih Doa Netizen

5 BERADIK TERLIBAT KEMALANGAN DI JEMPOL

5 beradik

Kereta Perodua Kancil dinaiki lima beradik terbabit kemalangan menyebabkan seorang daripada mereka maut, manakala dua parah. Foto ihsan polis

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustafar berkata, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil dan lori jenis Isuzu.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah Palong 16 menuju ke Palong 9, 10 dan 11.

“Kereta Perodua Kancil pula dipandu mangsa berusia 18 tahun bersama empat penumpang yang merupakan adik-beradiknya dari arah bertentangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Palong 16,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Baca juga: TERKINI Kes Buli Zara Qairina: 5 Remaja Bakal Didakwa Rabu Ini!

Menurut beliau, lori terbabit dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat sebaik tiba di lokasi kejadian. Kenderaan itu berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan lalu mengakibatkan rempuhan.

“Kereta dinaiki lima beradik berkenaan cuba mengelak ke kiri jalan, namun tidak sempat lalu melanggar bahagian sisi tengah sebelah kiri lori.

“Pemandu Perodua Kancil mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua penumpang berusia 16 dan 11 tahun cedera parah, manakala dua lagi berusia 14 dan tiga tahun serta pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.

Norhisham turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746.

Baca juga: Prosiding Inkues Zara Qairina Di Mahkamah Kota Kinabalu Pagi Ini, Dikawal Ketat Oleh Anggota Keselamatan!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×