Euforia Bola 2026
Rakyat

Remaja Hilang Di PPR Sri Malaysia Ditemui Selamat, Nak Tumpang Cas Telefon Jadi ‘Clue’ Penemuan

remaja hilang

Kes remaja hilang yang berusia 15 tahun yang sebelum ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling akhirnya berakhir dengan khabar melegakan apabila mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Remaja tersebut, dikenali sebagai Afiqah Abdul Aziz, dilaporkan ditemui pada kira-kira jam 9.15 pagi Isnin di sebuah kediaman di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, Selangor.

Baca juga: “Last Dengar Dia Jerit..”- Remaja 15 Tahun Hilang Di PPR, Orang Ramai Diminta Beri Maklumat Bantu Siasatan

REMAJA HILANG DI PPR SRI MALAYSIA DITEMUI SELAMAT

remaja hilang

Foto: Threads @zattystella

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, kehadiran mangsa disedari oleh seorang penduduk tempatan selepas remaja berkenaan datang ke rumahnya untuk menumpang mengecas telefon bimbit.

Situasi itu menimbulkan rasa curiga sebelum penduduk tersebut bertindak pantas menghubungi ahli keluarga mangsa serta pihak polis, selepas mengenali wajah remaja tersebut melalui hebahan yang tular di media sosial.

Hebahan Media Sosial Bantu Percepatkan Pencarian

remaja hilang

Foto: Threads @zattystella

Difahamkan, sebelum ini kes kehilangan remaja berkenaan mendapat perhatian meluas di media sosial apabila beberapa hantaran dimuat naik oleh orang awam yang meminta bantuan bagi mengesan keberadaan mangsa.

Hebahan tersebut secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran masyarakat setempat, sekali gus memudahkan proses pengecaman oleh individu yang menemui mangsa.

Mohd Rosdi memaklumkan bahawa mangsa kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi serta pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan semula kepada keluarga.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai keadaan mangsa, namun pihak polis memberi jaminan bahawa prosedur sewajarnya sedang dijalankan.

Polis Hargai Keprihatinan Orang Ramai

Dalam pada itu, pihak polis turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama dan keprihatinan yang ditunjukkan dalam membantu mengesan mangsa.

Kes ini sekali lagi membuktikan bahawa peranan komuniti dan kuasa media sosial mampu menjadi elemen penting dalam membantu menyelesaikan kes kehilangan dengan lebih pantas dan berkesan.

Walaupun kes ini berakhir dengan baik, ia tetap menjadi peringatan kepada semua pihak mengenai kepentingan aspek keselamatan, khususnya melibatkan golongan remaja.

Kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa dilihat sebagai kunci utama dalam memastikan sebarang insiden dapat ditangani dengan cepat, sekali gus mengelakkan risiko yang lebih besar.

Baca juga: Gadis 14 Tahun Hilang 4 Hari, Ditemui Bersama ‘Teman Lelaki’ Usia 47 Kenal Dalam Online Game!

Sumber: Sinar Harian

FT Images: Threads @zattystella

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×