Polis sedang menjalankan usaha mengesan seorang remaja perempuan hilang berusia 13 tahun sejak Jumaat lalu, dengan lokasi terakhir dipercayai berada di kawasan KLCC, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, kehilangan remaja dikenali sebagai Qaseh Adriyana Zainal Abidin disedari kira-kira jam 6.30 pagi pada hari kejadian.
Baca juga: Arab Saudi Perkenal Visa Umrah Baharu, Boleh Masuk Berkali-Kali Selama Setahun!
REMAJA PEREMPUAN HILANG, USIA 13 TAHUN
Beliau berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat pada hari yang sama sekitar 7.09 malam.
Naazron memaklumkan, Qaseh mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter dengan berat sekitar 48 kilogram. Remaja berkenaan dilaporkan bertubuh langsing, berambut lurus dan berkulit sawo matang.

Polis percaya lokasi terakhir mangsa adalah di kawasan KLCC dan kini sedang giat menjalankan usaha mengesannya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja tersebut diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 bagi membantu siasatan.
Baca juga: Tunku Azizah Kongsi Ciri-Ciri Jodoh Tengku Hassanal, Doakan Wanita Solehah Mampu Galas Amanah Besar
Sumber: Berita Harian
