Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Awak Tak Payah Bayar, Esok Allah Tolong Saya” Baki Duit Cukup-Cukup, Abang Mekanik Sebak Dipeluk Lelaki Cina Terkandas Tengah Malam

abang mekanik

Dalam dunia yang semakin sibuk, masih ada insan yang tidak berkira untuk membantu orang lain dalam kesusahan. Tindakan seorang abang mekanik ini yang sanggup keluar pada waktu hampir 1 pagi demi menolong lelaki terkandas di tepi jalan membuktikan bahawa nilai kemanusiaan masih kuat dalam masyarakat kita hari ini.

Perkongsian video tersebut dimuat naik di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @minyakhitamjalanan_. Ia memaparkan detik-detik menyentuh hati apabila dia membantu seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky Yau yang mengalami kerosakan motosikal sekitar jam 12.30 tengah malam di kawasan Petaling Jaya.

Baca juga: Foto Terbaharu Puteri Sulung Putera Mateen Tersenyum Manis Curi Tumpuan Peminat Pasangan Diraja Brunei Ini!

KISAH ABANG MEKANIK BANTU LELAKI DALAM KESUSAHAN

abang mekanik

Gambar TikTok @minyakhitamjalanan_

Terima panggilan pada lewat malam sewaktu berada di  rumah

Menurut mekanik berkenaan, pada malam kejadian dia sebenarnya sudah pulang awal kerana hujan lebat dan tidak dapat berniaga seperti biasa. Namun, sekitar jam 12.30 malam, dia menerima satu panggilan telefon yang tidak dijangka.

Dicky Yau yang juga seorang bapa tunggal mendapatkan nombornya melalui TikTok selepas gagal mendapatkan bantuan daripada mekanik lain.

“Hai bos, saya dapat nombor abang dari TikTok, tadi saya ada call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ini saya call abang, nak mintak tolong rantai motor saya putus dan spoket depan hilang, abang boleh tolong ke saya?” kata Dicky Yau dengan nada cemas.

Walaupun sudah berada di rumah dan hari sudah lewat malam, mekanik itu cuba mempertimbangkan permintaan tersebut.

Selepas melihat lokasi dan gambar kerosakan yang dihantar, dia mendapati jaraknya tidak terlalu jauh walaupun waktu sudah hampir pukul 1 pagi. Dia kemudian memaklumkan anggaran kos pembaikan kepada pelanggan tersebut.

“Bos, saya boleh datang tapi mahal sikit lah, spoket depan RM25 rantai RM80 upah RM40, boleh ke?” soal abang mekanik.

Namun Dicky Yau menjawab, “Kalau RM80 tak dapat ke abang? Saya ada RM80 saja.”

Abang mekanik membalas pula, “Tak dapat bos, sebab dah malam sangat ini bos. Itu lah gaji saya.”

Kemudian, Dicky YauDicky Yau bersetuju untuk menunggu bantuan kerana sudah tidak tahu hendak meminta pertolongan daripada siapa lagi.

Apabila tiba di lokasi, mekanik tersebut terus membaiki motosikal berkenaan. Sepanjang proses itu, mereka sempat berbual dan Dicky Yau memberitahu dia terpaksa meminjam sedikit wang daripada rakannya untuk membayar kos pembaikan.

Baca juga: ‘Lakonan’ Naik Kerusi Roda Di Airport Jadi Plot Twist- Sampai New Zealand, Anak Ternganga Tahu Abah Buat Sky Diving!

@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah ♬ original sound – romiez

Abang mekanik berubah hati dengan menolak bayaran selepas terlihat baki wang lelaki tersebut

Selepas kerja selesai, Dicky Yau cuba membuat bayaran. Namun ketika itu, mekanik berkenaan menyedari sesuatu yang membuatkan hatinya berubah.

Dia melihat baki wang dalam telefon Dicky Yau sebenarnya hanya cukup untuk kegunaan harian dan makan. Dalam keadaan itu, dia membuat keputusan yang tidak dijangka.

“Abang pun ada RM176 je. Boleh bayar ke? Nanti ada duit makan tak? Betul ke ada duit makan?” katanya.

Tanpa menunggu lama, dia terus berkata, “Awak tak payah bayar. Anggap ini rezeki. Hari ini tolong awak, esok Allah tolong saya.”

Kata-kata tersebut membuatkan lelaki itu tidak dapat menahan emosi. Dengan mata berkaca, dia tetap cuba menghulurkan sedikit wang sebagai tanda terima kasih.

“Eh jangan, tak boleh bang… Bang, RM50 saya bayar. Duit upah bang,” rayu Dicky Yau.

Namun, abang mekanik tetap menolak bayaran itu dan menganggap bantuan tersebut sebagai satu bentuk sedekah atau infaq.

Saat itulah Dicky Yau tersebut terus memeluknya, dan detik itu membuatkan mekanik berkenaan sendiri tidak mampu menahan air mata.

Menurutnya, pelukan itu sangat menyentuh hati kerana setiap manusia pasti mempunyai ujian dan kesusahan tersendiri.

“Dalam hati aku, mungkin dia betul-betul memerlukan, aku pakai lah duit infaq untuk dia. Masa dia peluk aku, korang jangan tanya lah. Aku memang tak boleh tahan dah menangis. Setiap manusia pasti ada dugaan dan cerita sendiri. Semoga abang Cina ini kuat dan semangat. Aamin!” katanya.

Baca juga: Surat Ringkas Budak 10 Tahun Minta Pluto Jadi Planet Semula Terima Respons NASA, Comel & Bijak!

Dicky Yau tampil jelaskan keadaan dan ingin balas jasa abang mekanik

Perkembangan terbaharu, bapa tunggal itu memaklumkan bahawa motosikalnya kini sudah berjaya dibaiki selepas mendapat bantuan daripada abang mekanik.

Menurutnya melalui siarang langsung di TikTok, individu tersebut merupakan seorang mekanik yang sering membantu penunggang motosikal yang terkandas akibat kerosakan kenderaan, terutamanya pada waktu malam.

Bantuan tersebut bukan sahaja memudahkan urusannya, malah membolehkannya kembali menjalani rutin harian seperti biasa.

Apa yang lebih menyentuh hati, Dicky Yau memaklumkan bahawa sebarang sumbangan yang diterima tidak akan digunakan untuk dirinya, sebaliknya akan disalurkan kepada abang mekanik yang telah membantunya.

Katanya, sumbangan yang diterima daripada orang ramai, termasuk hadiah daripada siaran langsung di TikTok, akan diberikan kepada mekanik tersebut supaya dapat digunakan untuk membantu lebih ramai orang lain.

“Minggu depan saya akan cari abang itu, gift-gift TikTok live ini akan bagi kepada abang tu untuk dia tolong orang lain,” katanya.

abang mekanik

Gambar TikTok @dymt1031

Sumber: TikTok @minyakhitamjalanan_@dymt1031 / Sinar Harian

FT Image: TikTok @minyakhitamjalanan_ / @dymt1031

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×