Euforia Bola 2026
Kerjaya

Nak Cepat Dipanggil Interview? Ini 7 Template Resume Paling Sesuai Untuk Semua Kerjaya

template resume

Dalam pasaran kerja yang berdaya saing, resume bukan sekadar dokumen ringkas yang menyenaraikan pengalaman dan kelayakan. Ia merupakan gambaran profesional dan pengalaman diri yang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian majikan. Oleh itu, pemilihan template resume yang sesuai, kemas dan tersusun tidak boleh dipandang ringan.

Baca juga: Asyik Kena Tolak Sebab ‘Tiada Pengalaman’? Ini 10 Strategi Bijak Bantu Anda STOP ‘Tanam Anggur’!

7 TEMPLATE RESUME YANG SESUAI UNTUK SEMUA KERJAYA

Berikut ialah 7 jenis template resume yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang kerjaya, sama ada untuk lepasan graduan, profesional berpengalaman mahupun yang ingin menukar kerjaya.

1. Template Resume Kronologi

template resume

Foto: Enhancv

Template ini merupakan format yang paling kerap digunakan. Ia menyusun pengalaman kerja mengikut urutan masa, bermula daripada yang terkini.

Kelebihan:

  • Mudah dibaca dan difahami oleh majikan
  • Menonjolkan kestabilan kerjaya
  • Sesuai untuk individu dengan pengalaman kerja yang konsisten

Template ini sesuai untuk individu yang profesional dan berpengalaman dalam bidang yang sama

2. Template Fungsional

template resume

Foto: Resume Genius

Template ini memberi penekanan kepada kemahiran berbanding pengalaman kerja.

Kelebihan template ini ialah:

  • Menonjolkan kemahiran spesifik
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai jurang kerjaya
  • Membantu individu yang ingin bertukar bidang

Template ini sesuai untuk fresh graduate atau career switcher

3. Template Resume Gabungan

template resume

Foto: Resume Genius

Menggabungkan elemen kronologi dan fungsional, ia menunjukkan kemahiran serta pengalaman.

Kelebihan:

  • Fleksibel dan komprehensif
  • Menunjukkan kedua-dua kemahiran dan pengalaman kerja
  • Lebih strategik untuk kerja yang berdaya saing

Template ini sesuai untuk individu profesional pertengahan hingga senior

4. Template Minimalis

template resume

Foto: Resume Inventor

Reka bentuk yang ringkas dengan penggunaan warna terhad dan susun atur yang bersih.

Kelebihan:

  • Mudah dibaca oleh sistem ATS (Applicant Tracking System)
  • Memberi imej profesional dan moden
  • Tidak mengganggu fokus terhadap kandungan

Resume ini sesuai untuk semua jenis kerjaya, terutamanya sektor korporat

5. Template Resume Kreatif

template resume

Foto: Behance

Template ini menggunakan elemen visual seperti grafik, warna dan ikon.

Kelebihan:

  • Menarik perhatian majikan
  • Menonjolkan personaliti dan kreativiti
  • Sesuai untuk portfolio visual

Sesuai untuk bidang kreatif seperti grafik, media dan pemasaran

6. Template Profesional Moden

template resume

Foto: Resume Sector

Menggabungkan elemen formal dengan sentuhan moden seperti penggunaan warna lembut dan susun atur dua kolum.

Kelebihan:

  • Seimbang antara formal dan kontemporari
  • Tampak eksklusif dan tersusun
  • Mudah disesuaikan mengikut industri

Template ini sesuai untuk  eksekutif muda dan profesional

7. Template Resume Infografik

template resume

Foto: MyCVDesigner

Resume dalam bentuk visual yang menampilkan data melalui carta atau ikon.

Kelebihan:

  • Menyampaikan maklumat secara visual
  • Menarik dan unik
  • Memudahkan pemahaman pantas

Sesuai untuk bidang kreatif atau komunikasi visual, namun perlu berhati-hati kerana tidak semua majikan suka.

Pemilihan template resume yang tepat bukan sahaja meningkatkan kebolehbacaan, tetapi memberi kesan yang positif kepada majikan.

Walau bagaimanapun, aspek kandungan tetap menjadi keutamaan.

Resume yang baik haruslah jelas, padat, relevan dan bebas daripada kesalahan bahasa.

Calon disarankan memilih template yang bersesuaian dengan latar belakang kerjaya, industri yang dipohon serta identiti profesional masing-masing.

Resume yang kemas dan menarik mampu menjadi kunci utama untuk membuka peluang ke peringkat seterusnya dalam proses pengambilan pekerja.

Baca juga: Nak Berjaya Dalam Kerjaya? Ini Rahsia Dari ‘Zero’ Sampai Jadi ‘Hero’ Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Enhancv, Resume Genius, Resume Sector, MyCVDesigner, Resume Inventor, Resume Lab, Behance.

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×