Euforia Bola 2026
Suami Isteri

5 Ujian Penting Sebelum Kahwin, Kalau Bakal Suami ‘Tak Lepas’ Yang Ini, Baik Undur Diri Awal!

BAKAL SUAMI

Memilih bakal suami bukan sekadar soal cinta, tetapi melibatkan penilaian terhadap sikap, tanggungjawab dan kesediaannya memikul amanah dalam perkahwinan. Justeru, penting untuk mengenali beberapa tanda awal sebelum membuat keputusan besar dalam hidup.

Namun, masih ramai yang berkahwin dengan harapan pasangan akan berubah selepas mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, perubahan tidak berlaku secara automatik tanpa usaha dan kesedaran diri.

Baca juga: Dari RM15K Hingga RM50K! Ini Anggaran Hantaran Mengikut Negeri, Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu

BAKAL SUAMI TAK LEPAS 5 UJIAN INI? JANGAN KAHWIN

BAKAL SUAMI

Berikut adalah lima perkara penting yang boleh dijadikan ‘ujian’ sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

1. Berharap perkahwinan akan ubah sikap

Antara kesilapan terbesar adalah berkahwin dengan harapan pasangan akan berubah menjadi lebih baik selepas bernikah.

Jika seseorang sudah menunjukkan sikap panas baran, tidak bertanggungjawab, culas atau sukar menjaga batas sebelum berkahwin, kebarangkalian besar sikap itu akan kekal, malah mungkin menjadi lebih serius.

Perkahwinan bukan alat untuk mengubah seseorang, sebaliknya perlu menerima pasangan seadanya — bukan versi yang kita harapkan mereka akan jadi.

2. Tiada perancangan masa depan

Sikap hanya hidup untuk hari ini tanpa memikirkan masa depan juga merupakan tanda yang perlu diberi perhatian.

Jika pasangan tidak mempunyai perancangan kewangan, kerjaya atau matlamat hidup yang jelas, ia boleh memberi kesan besar dalam rumah tangga kelak.

Perkahwinan memerlukan dua individu yang mampu berfikir jauh ke hadapan, bukan sekadar bergantung pada perasaan tanpa hala tuju.

3. Lari daripada tanggungjawab

Pasangan yang suka menyalahkan orang lain, sukar mengaku kesilapan atau mengelak apabila berdepan masalah adalah antara tanda amaran yang jelas.

Sikap culas membantu, tidak konsisten bekerja atau sering ‘hilang’ apabila diperlukan menunjukkan kurangnya rasa tanggungjawab.

Sedangkan dalam perkahwinan, kedua-dua pihak perlu saling memikul amanah bersama, bukan membiarkan sebelah pihak menanggung segalanya.

BAKAL SUAMI

Freepik

4. Tidak pandai berkomunikasi tentang perasaan

Komunikasi adalah asas penting dalam sesebuah hubungan. Jika pasangan cenderung berdiam diri, menghilang ketika bergaduh atau tidak mampu meluahkan perasaan dengan matang, ia boleh merumitkan hubungan selepas berkahwin.

Perkahwinan bukan tentang siapa yang paling kuat memendam, tetapi siapa yang mampu berbincang dengan jujur, tenang dan penuh hormat walaupun dalam keadaan emosi.

5. Abaikan perkara asas seperti Solat Subuh

Perkara asas seperti disiplin diri, rutin harian dan tanggungjawab terhadap Allaj juga tidak boleh dipandang ringan.

Jika seseorang tidak menjaga perkara asas dalam hidup seperti ibadah, sukar untuk dia memikul amanah yang lebih besar dalam perkahwinan.

Ini bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang kesungguhan dan usaha untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Akhirnya, pilihlah pasangan yang bukan sahaja anda cintai, tetapi juga mampu bersama-sama membina masa depan yang lebih baik.

Baca juga: “Bila Keluar Rumah, Saya Bawa Separuh Maruah Ozlynn” – Johan Kongsi Prinsip Hidup Berumah Tangga, Baru Bahagia!

Sumber: Instagram Bonda Umirah Taib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×