Euforia Bola 2026
Famili

“Tak Sempat Tengok Keputusan”- Remaja Menangis Raih 8A SPM, Mak Meninggal Dunia 3 Hari Sebelum Aidilfitri

keputusan SPM

Di saat ramai pelajar berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa selepas menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang remaja ini hanya mampu menahan sebak kerana insan yang paling ingin melihat kejayaannya sudah pergi buat selama-lamanya. Namun begitu, keputusan SPM yang diterimanya tetap menjadi hadiah paling bermakna untuk arwah ibu tercinta.

Baca juga: 19 MRSM Terus Unggul, Ini ‘Ranking’ Penuh MRSM & SBP Terbaik Bagi SPM 2025!

REMAJA MENANGIS RAIH KEPUTUSAN SPM 8A, IBU PERGI SELAMANYA

keputusan SPM

Gambar: Threads @jamilahbtismail.ilah

Kehilangan ibu jadi ujian paling berat sebelum raya

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Jamilah Ismail menerusi hantaran di aplikasi Threads, yang memaklumkan anak saudaranya, Arissa, berjaya meraih keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan.

Menurut perkongsian tersebut, Arissa melalui detik paling sukar dalam hidup apabila ibunya meninggal dunia akibat kanser hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Tahniah Arissa. Ujian emak meninggal tiga hari sebelum raya baru ni. Ujian sakit kanser. Tidak sempat mak tengok keputusan SPM kakak.

“Anak suadara yang kehilangan ibu, sedih bercampur gembira apabila dapat keputusan 8A,” tulis Siti Jamilah dalam hantaran berkenaan.

Situasi itu pastinya bukan mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi ketika orang lain sedang membuat persiapan menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Namun Arissa tetap kuat meneruskan kehidupan walaupun hatinya masih dirundung kesedihan.

Dalam video yang dikongsikan, Arissa dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja mengetahui keputusan peperiksaannya. Dia menangis sambil dipeluk beberapa individu yang turut berkongsi kegembiraan bersamanya.

Baca juga: 4 Kanak-Kanak Jauh Berjalan Kaki Semata-Mata Nak Beraya Di Balai Polis, Gelagat Mereka Curi Tumpuan!

keputusan SPM

Gambar: Threads @jamilahbtismail.ilah

Ziarah pusara ibu, kongsi kejayaan penuh makna

Apa yang lebih menyentuh hati, Arissa turut menziarahi pusara ibunya selepas menerima keputusan peperiksaan tersebut. Dia sempat merakam swafoto di sisi pusara sebagai simbolik berkongsi kejayaan yang diraih walaupun insan paling disayanginya itu sudah tiada.

Berdasarkan slip keputusan yang dikongsikan, Arissa mengambil lapan subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Prinsip Perakaunan dan Perniagaan.

Dan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam kesemuanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang tersentuh dengan ketabahan remaja berkenaan. Rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta kata-kata semangat.

“Tahniah Arissa, emak kamu mesti sangat bangga dengan keputusan ini. Jaga diri.

“Dia akan jadi wanita yang hebat dan berdikari suatu hari nanti. Semoga berjaya.

“Tahniah dik, moga jadi anak solehah cemerlang dunia akhirat,” komen beberapa individu.

Semoga Arissa terus melangkah tabah dan menjadikan kenangan bersama ibunya sebagai sumber semangat untuk masa depan.

Baca juga: Selain Perarakan Berkuda, Adu Telur Pun Ada! Ini 10 Tradisi Unik Masyarakat Muslim Dunia Sambut Aidilfitri

Sumber: Threads @jamilahbtismail.ilah

FT Image: Threads @jamilahbtismail.ilah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×