Euforia Bola 2026
Didik

Tak Puas Hati ‘Result’ SPM 2025? Ini Cara Buat Semakan Semula Dalam Tempoh 30 Hari Secara Online!

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM, permohonan kini dibuka dalam tempoh terhad selama 30 hari bermula dari tarikh pengumuman rasmi.

Tempoh permohonan adalah dari 31 Mac 2026 hingga 29 April 2026 dan semua urusan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui platform yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Baca juga: Anak Penjual Pisang Goreng Cemerlang 11A+ SPM Terima Biasiswa MARA ‘Buru’ Impian Di Jordan!

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2025 DIBUKA 30 HARI

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Permohonan boleh dibuat melalui:

  • Portal rasmi:  elp.moe.gov.my
  • Aplikasi: e-Lembaga Peperiksaan (e-LP)

Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti:

1. Calon perlu mendaftar akaun terlebih dahulu melalui portal rasmi atau aplikasi e-LP.

2. Selepas log masuk, pilih menu Semak Semula dan isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat.

3.  Keputusan semakan semula boleh disemak melalui e-mel yang didaftarkan atau tatus permohonan dalam aplikasi e-LP.

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Terdapat dua kemungkinan keputusan:

Keputusan kekal– Slip keputusan sedia ada adalah terpakai dan tiada perubahan slip keputusan.

Keputusan berubah – Slip keputusan baharu akan dikeluarkan untuk menggantikan slip keputusan yang lama.

Bagi calon sekolah, anda perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan Sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip baharu.

Calon persendirian pula, perlu berurusan dengan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Peluang semakan semula keputusan SPM ini penting bagi calon yang merasakan terdapat kekeliruan atau ketidaktepatan pada keputusan peperiksaan mereka.

Namun, memandangkan tempoh permohonan adalah terhad, calon disarankan untuk membuat permohonan secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada 29 April 2026.

Baca juga: Dari 10A Hingga 20A! Ini Senarai Pelajar SPM Cemerlang Yang Pernah ‘Menggegarkan’ Negara

Sumber: Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×