Seorang pemuda, Abdul Rahman Mohd Jamadi, 29, mengalami kerugian hampir RM3,000 selepas cermin kereta belakang miliknya retak dipercayai akibat cuaca panas.
Kejadian tersebut dikongsi sendiri oleh beliau menerusi video di akaun TikTok, @amanjamadi.
Baca juga: Lelaki Kongsi 13 Prompt Gemini AI Gambar Studio Raya & ‘Photo Booth’, Lawa Sampai Rambang Mata!
PEMUDA TERKEJUT CERMIN KERETA RETAK AKIBAT CUACA TERIK

Gambar: TikTok @amanjamadi
Abdul Rahman, pengasas sebuah kedai komputer, menceritakan bahawa insiden itu berlaku ketika beliau menghadiri mesyuarat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
“Ketika itu, saya letak kereta di hadapan kedai sendiri di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
“Namun, semasa hendak ke mesyuarat berkenaan, saya tengok cermin belakang kereta sudah retak teruk,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menambah, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dan tidak menyangka bahawa cuaca panas boleh menyebabkan keretakan serius pada cermin kereta.
“Ada kemungkinan disebabkan ‘thermal shock’. Mungkin kerana saya membuka penyaman udara (dalam kereta), kemudian cuaca panas menyebabkan cermin boleh retak.
“Selepas ini, mungkin perlu membuka tingkap sedikit supaya tidak terlalu panas di dalam kereta,” jelasnya.
Insurans cermin selamatkan kos tambahan
Beruntung bagi Abdul Rahman kerana mempunyai perlindungan insurans cermin. Pada awalnya, dia menyangka cermin tidak dilindungi, namun selepas mendapat maklumat daripada komen orang ramai, dia dimaklumkan insurans meliputi cermin hadapan dan belakang.
“Alhamdulillah, saya ada mengambil perlindungan insurans cermin. Pada mulanya saya ingat tidak dilindungi, rupanya selepas membaca komen orang ramai, saya dimaklumkan insurans tersebut meliputi cermin hadapan dan belakang kenderaan.
“Jadi, saya tidak perlu menanggung sebarang kos tambahan. Terima kasih kepada orang ramai yang berkongsi maklumat di ruangan komen,” ujarnya.
Baca juga: Jangan Tunggu Kemalangan Baru Nak Ada Kit Kecemasan, 12 Barang Ini WAJIB Ada Dalam Kenderaan!

Gambar: TikTok @amanjamadi
Tips warga maya elak cermin kereta retak
Video yang dikongsi mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang turut memberikan petua untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
“Rupanya cara ayah aku dulu betul juga. Turunkan tingkap sikit kalau parking tempat panas, masuk kereta jangan terus on aircond, buka tingkap dulu bagi haba keluar. Kita ni peluh menitik dalam kereta tunggu pasang aircond,” kata Adila.
Azman menambah, “Ahaha, ini mesti bila panas terus masuk, on aircond paling sejuk memang tak boleh. Kalau panas terus bukak aircond paling sejuk memang tak boleh.”
Minah pula berkongsi, “Sebab itu kalau nak parking lama tengah panas kena turunkan sikit cermin supaya ada udara panas keluar.”
Neik menegaskan, “Dari komen tau lah, masuk kereta jangan terus on aircond paling sejuk. Biarkan dulu angin panas dalam kereta keluar dengan buka tingkap baru on aircond.”
Pengalaman Abdul Rahman ini, sekali gus menjadi peringatan berguna kepada pemilik kenderaan lain supaya lebih berhati-hati ketika memandu atau meletakkan kereta di bawah terik matahari.
@amanjamadiAda sesiapa pernah kena macam ni ke? Boleh claim insurance windscreen tak? Punca memang sebab panas sangat ke? Panas dekat JB ni boleh buat gaduh ye♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design
Baca juga: Ramai Tak Sedar Taktik Kecurian Dalam Pesawat, Buat 4 Tips Mudah Ini Untuk Pastikan Barang Selamat!
Sumber: TikTok @amanjamadi / Sinar Harian
FT Image: TikTok @amanjamadi
