Euforia Bola 2026
Dapur

Tak Sangka Gula Merah Jadi Penyelamat! Wanita Lega Batuk Teruk, Kahak Keluar Lepas Kemam Perlahan

penawar batuk

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita mengenai penawar batuk menggunakan gula merah menarik perhatian ramai di media sosial apabila hantaran tersebut meraih 5.7 ribu tanda suka dan 4.3 ribu perkongsian.

Menurutnya, petua ringkas dari dapur rumah itu membantu melegakan batuk yang dialaminya, malah membuatkan dia dapat tidur dengan lebih tenang.

Baca juga: Pesakit Autoimun Kongsi Ramuan Ubat Batuk Berkesan, Orang Cina Zaman Dulu Selalu Amalkan!

PENAWAR BATUK GUNA GULA MERAH

penawar batuk

Gambar: Rozita Anggun.

Wanita tersebut berkongsi bahawa sebelum ini dia sering mengalami batuk yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan, menyebabkan dirinya berasa trauma setiap kali diserang batuk.

“Semalam saya batuk teruk. Jadi kakak bagi gula merah untuk makan. Katanya penawar batuk. Memang dia selalu bagi dekat anak-anak dia kalau batuk,” kongsinya.

Walaupun sudah mengambil ubat, batuknya masih belum menunjukkan perubahan ketara pada mulanya. Namun selepas mencuba petua tersebut, dia mula merasakan perbezaan pada tubuhnya.

“Sebenarnya saya paling takut kalau kena batuk. Selalunya memang akan berpanjangan sampai berbulan-bulan. Perit, trauma, memang seksa rasanya,” luahnya.

Baca juga: Tengah Cuba Dapatkan Zuriat? Ini Makanan Pantang Wajib Elak Yang Ramai Buat Dan Berjaya Hamil

Kemam gula merah perlahan-lahan, kahak mula keluar

Menurut wanita itu, dia mula mengamalkan cara mudah dengan mengambil gula merah sebesar jari kelingking dan mengunyahnya secara perlahan-lahan. Petua tersebut diulang beberapa kali sehingga dia merasakan perubahan pada tekaknya.

“Ambil sebesar jari kelingking sahaja. Kalau yang ketul pun tak apa. Kemam perlahan-lahan, ulang makan. Rasa macam kahak itu makin hancur. Batuk sahaja keluar kahak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keadaan dadanya terasa lebih lapang selepas mencuba petua tersebut.

“Alhamdulillah, serasi dengan saya. Malam tadi boleh tidur dengan tenang, tak batuk kerap. Sekali-sekala sahaja. Dan hari ini makin beransur baik,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai penawar sudah dicuba, namun tidak semuanya sesuai dengan keadaan dirinya. Justeru, dia berkongsi petua tersebut dengan harapan dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama.

“Kadang-kadang, yang kita cari jauh-jauh tu rupanya ada sahaja dekat dapur kita,” ujarnya.

penawar batuk

Gambar hiasan: Gemini AI

Warga maya turut kongsi petua lain untuk legakan batuk

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsi pengalaman dan petua masing-masing bagi meredakan batuk, termasuk menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati di rumah.

“Cuba makan bawang putih mentah, satu ulas sebelum tidur. Esok ulang lagi makan, insya-Allah batuk akan hilang. Kunyah dan telan sahaja, memang pedas,” kongsi seorang pengguna.

Selain itu, ada juga yang berkongsi petua menggunakan limau kasturi sebagai minuman tradisional.

“Saya minum perahan tiga biji limau kasturi, kemudian campur dengan sedikit kicap. Minum, tunggu 10 minit baru boleh makan atau minum. Alhamdulillah berkesan, tak ambil ubat batuk yang buat kita mengantuk,” tulis seorang lagi pengguna.

Ada juga yang mencadangkan penggunaan bahan lain seperti bunga cengkih dan buah pala sebagai alternatif petua tradisional.

“Saya kemam bunga cengkih. Alhamdulillah berkesan, batuk dua tiga bulan hilang,” kongsi seorang netizen.

Walaupun petua-petua ini dikongsi berdasarkan pengalaman individu, ramai yang menganggap perkongsian sebegini bermanfaat sebagai ikhtiar tambahan selain mendapatkan rawatan perubatan jika keadaan batuk berlarutan.

Selain itu, ramai yang berterima kasih atas petua tersebut dan ada juga yang pernah mencubanya.

“Saya selalu buat sis. Kalau batuk sikit-sikit pun saya makan gula merah ini. Nanti kahak keluar selambak hehe,” kongsi pengguna lain.

“Betul tu kak. Kami buat begitu juga. Kalau tekak rasa perit, kemam gula batu. Insya Allah,” komen seorang wanita.

Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia

Sumber: Facebook Rozita Anggun

FT Image: Rozita Anggun / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×