Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, amalan memberi dan menerima sampul duit raya menjadi tradisi yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, satu perkongsian di akaun TikTok milik Satu Minit Fardhu Ain menarik perhatian apabila menjelaskan tentang adab menguruskan sampul duit raya yang sering dipandang ringan.
BERDOSA BUANG SAMPUL DUIT RAYA JIKA ….

Kredit: Gemini AI
Menurut perkongsian tersebut, tidak semua sampul duit raya boleh dibuang sesuka hati, khususnya jika ia mengandungi kalimah-kalimah tertentu yang dimuliakan dalam Islam.
Dalam perbahasan ilmu agama, setiap Muslim dituntut untuk memuliakan kalimah muazzamah, iaitu kalimah-kalimah yang mempunyai kedudukan tinggi dalam agama.
Antaranya termasuk lafaz Allah, nama-nama Nabi serta perkataan yang berkaitan dengan syiar Islam seperti Islam, solat, masjid, Aidilfitri dan Aidiladha.
Justeru, kalimah-kalimah ini tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya seperti dipijak, diletakkan di tempat tidak sesuai atau dibuang tanpa adab.
Mengulas lanjut, perkongsian itu menjelaskan bahawa sampul raya yang hanya mempunyai corak biasa tanpa sebarang kalimah berkaitan agama boleh dibuang seperti biasa selepas digunakan.
Namun, bagi sampul yang memaparkan perkataan seperti Aidilfitri atau Islam, tindakan membuangnya perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Ini kerana melibatkan kalimah yang tergolong dalam syiar agama yang wajib dihormati.

Kredit: Berita Harian
Sekiranya ingin membuang sampul tersebut, disarankan agar menceraikan atau merosakkan susunan kalimah berkenaan terlebih dahulu, contohnya dengan mengoyakkan bahagian perkataan supaya tidak lagi membentuk kalimah asal.
“Jadi ingat, tak semua jenis sampul raya, sampul duit raya ini kita boleh buang sesuka hati. Bukan tak boleh buang langsung. Buang mengikut cara yang betul. Buang dengan cara yang tiada padanya mempersendakan syiar-syiar agama,” jelasnya.
Perkongsian itu turut mengingatkan bahawa isu menjaga kalimah muazzamah sering terlepas pandang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dokumen rasmi seperti kad pengenalan yang mengandungi perkataan Islam juga perlu dijaga dengan baik dan tidak diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
@satuminitfardhuain Berhati-hati membuang sampul duit raya. #1mfa #1minitfardhuain #duitraya #syiarislam #aidilfitri
Baca juga: Bila Lalat Jatuh Dalam Air Minuman, Tak Perlu Buang! Tenggelamkan Dulu Macam Cara Nabi Ajar Ini…
Sumber: TikTok Satu Minit Fardhu Ain
