Menjelang Aidilfitri 2026, ramai sudah mula menukar duit raya dan masing-masing mempamerkan koleksi sampul raya 2026 mereka di media sosial.
Perkongsian ini menunjukkan pelbagai reka bentuk menarik, dari klasik hingga moden, dan rata-rata pastinya teruja apabila menerima sampul raya berkenaan.
KOLEKSI SAMPUL RAYA 2026, MASING-MASING DAH MULA ‘FLEX’
Berikut di bawah ini, penulis kongsikan beberapa koleksi sampul raya 2026:
1. RHB Bank

2. MayBank Premier

3. Bank Muamalat

4. Ambank

5. JP Morgan

6. Bank Pembangunan

7. Bank Islam

8. Ambank

9. Alliance Bank

10. UOB Malaysia

11. The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia

12. Mercedes

13. TatagaltierxTudungRuffle

14. Zus Cofffee

Trend ini bukan sahaja menjadi medium hiburan, tetapi juga menunjukkan minat generasi muda terhadap elemen budaya dan tradisi perayaan. Selain reka bentuk, ada juga yang menekankan kualiti kertas, ketahanan sampul, serta idea unik yang menambah nilai sentimental semasa memberi duit raya kepada anak-anak dan saudara-mara.
Apa yang menarik, beberapa perkongsian turut mendapat perhatian kerana menggabungkan elemen tempatan, seperti motif batik, corak flora dan fauna Malaysia, serta sentuhan kontemporari yang sesuai dengan cita rasa masa kini.
Hal ini menjadikan sampul duit raya 2026 bukan sekadar alat tradisi, tetapi juga platform kreativiti untuk warganet menonjolkan gaya peribadi mereka.
Trend ini dijangka akan terus meningkat menjelang minggu terakhir Ramadan, dengan lebih ramai pengguna media sosial berkongsi koleksi masing-masing.
Bagi sesetengah pihak, ia juga menjadi inspirasi untuk memilih atau menempah sampul raya yang lebih eksklusif dan unik bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber: Pengguna Threads
