Euforia Bola 2026
Rakyat

Jabatan Penjara Benarkan Lawatan Khas Aidilfitri, Ini Apa Keluarga Perlu Tahu Supaya Boleh Jumpa Penghuni Raya Ke-3 & Ke-4

penjara malaysia

Bagi keluarga yang mempunyai ahli tersayang di penjara, Aidilfitri tahun ini mungkin sedikit sebanyak menjadi lebih bermakna. Hal ini kerana Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan kebenaran lawatan dan perjumpaan khas sempena Aidilfitri yang akan diadakan pada hari raya ketiga dan keempat di seluruh negara.

Baca juga: Ramai Dah Mula Serbu! Ini Senarai Penuh TERKINI Tarikh Tukar Duit Raya Ikut Semua Bank

LAWATAN KHAS AIDILFITRI PENGHUNI PENJARA MALAYSIA, RAYA KE-3 & 4

penjara malaysia

Foto: freepik

Dalam laporan Media Selangor, inisiatif ini memberi peluang kepada keluarga untuk bertemu dan menyambut kemeriahan Syawal bersama insan tersayang walaupun dalam keadaan yang berbeza.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, lawatan khas ini melibatkan semua institusi di bawah Jabatan Penjara Malaysia, termasuk:

  1. Penjara seluruh negara
  2. Pusat Pemulihan Akhlak
  3. Pusat Pemulihan Khas
  4. Tempat Tahanan Khas
  5. Sekolah Henry Gurney

Lawatan akan berlangsung secara bersemuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang. Bagi memudahkan urusan, pelawat diminta membawa kad pengenalan serta kad lawatan semasa hadir ke institusi penjara.

Makanan Dari Luar Tidak Dibenarkan

penjara malaysia

Foto hiasan AI.

Pihak Jabatan Penjara turut memaklumkan bahawa pelawat tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman dari luar untuk diberikan kepada penghuni. Namun, pelawat masih boleh membeli makanan yang disediakan di kantin penjara.

Dalam masa sama, lawatan khas ini diutamakan kepada penghuni beragama Islam bersempena sambutan Aidilfitri.

Selain itu, pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan semua keperluan asas telah disediakan oleh pihak penjara.

Walau bagaimanapun, bagi urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan, pelawat perlu mendapatkan resit rasmi PPT 28 sebagai bukti penerimaan pembayaran.

Dalam pada itu, semua pelawat yang hadir perlu mematuhi Akta dan Peraturan Penjara yang sedang berkuat kuasa. Ini termasuk kemungkinan pemeriksaan fizikal ketika masuk dan keluar dari institusi penjara sebagai langkah keselamatan.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan lawatan Aidilfitri berjalan lancar, selamat dan teratur untuk semua pihak.

Baca juga: Naik Tangga 45 Minit Lepas Kemo, Ibu Ini Cari Rezeki Buat Biskut Untuk Tampung Rawatan Sendiri..Sebak!

Sumber: Media Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×