Ramai orang menitikberatkan penjagaan kebersihan gigi, tetapi cara menyimpan berus gigi sering diambil ringan. Tanpa disedari, penggunaan penutup berus gigi yang dianggap mampu melindungi daripada habuk dan kuman sebenarnya boleh mendatangkan kesan sebaliknya.
Bagi sesetengah individu, menutup kepala berus gigi selepas digunakan dilihat sebagai langkah lebih bersih dan teratur. Namun perkongsian seorang doktor gigi menunjukkan amalan tersebut tidak semestinya baik untuk kesihatan mulut.
Baca juga: Akibat Bela Kuku Panjang, Remaja 17 Ini Tahun Rasa Pedih Masa Kencing Hingga Keluar Cacing!
GUNA PENUTUP BERUS GIGI KURANG BAGUS? DOKTOR JELASKAN

Gambar tangkap layar TikTok @dentalevant .
Ruang tertutup boleh perangkap kelembapan
Seorang doktor gigi dari akaun TikTok @dentalevant menjelaskan bahawa penggunaan penutup pada berus gigi berisiko menyebabkan pengumpulan bakteria atau kulat yang berpotensi mengundang bahaya kepada kesihatan mulut.
Menurutnya, keadaan ini berlaku kerana berus gigi biasanya masih lembap selepas digunakan. Apabila ia ditutup, kelembapan tersebut terperangkap dalam ruang yang kurang pengudaraan.
Keadaan yang sama juga boleh berlaku sekiranya berus gigi disimpan di dalam almari atau ruang tertutup sebaik sahaja selesai digunakan.
Baca juga: KKM Tegaskan Terapi ‘Tidur 6 Saat’ Tidak Disokong Sains & Boleh Bawa Maut, Jangan Cuba-Cuba!

Gambar tangkap layar TikTok @dentalevant .
Cara lebih sesuai simpan berus gigi
Sebaliknya, beliau menyarankan supaya berus gigi diletakkan di tempat terbuka agar ia dapat kering secara semula jadi selepas digunakan.
Bagi memastikan kebersihannya terjaga, doktor tersebut turut berkongsi beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan:
- Bersihkan berus gigi dengan air sehingga sisa ubat gigi atau sisa makanan yang mungkin tersekat pada bulu berus hilang sepenuhnya.
- Ketuk berus gigi perlahan-lahan pada permukaan yang bersih sehingga percikan air terhasil bagi mengurangkan lebihan air pada bulu berus.
- Simpan berus gigi di tempat terbuka seperti di dalam bekas atau cawan.
“Ini akan memberikan ruang udara untuk membersihkan atau mengeringkan berus gigi dengan sendiri,” ujarnya.
Pastikan jauh dari mangkuk tandas
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika menyimpan berus gigi.
Tempat penyimpanan berus gigi sebaiknya berada jauh daripada kawasan mangkuk tandas bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria di bilik air.
Walaupun nampak seperti perkara kecil, cara penyimpanan berus gigi yang betul sebenarnya boleh membantu mengelakkan risiko kuman dan memastikan kebersihan mulut sentiasa terpelihara.
Lihat siaran ini di Instagram
Baca juga: Sebulan Berpuasa Tapi Berat Badan Makin Naik? Ini 5 Sebab Ramai Tak Sedar & Cara Elakkan!
Sumber: TikTok @dentalevant
FT Image: TikTok @dentalevant
