Tahukah anda, sebenarnya berus gigi terlalu kerap boleh menyebabkan ia jadi semakin kuning. Jangan terkejut, kalau anda baru sahaja tahu fakta ini yang didedahkan sendiri oleh seorang doktor gigi, dikenali sebagai Dr Habubu di laman Tiktok.
Melalui hantaran videonya, terdapat empat kesalahan yang sering dilakukan menyebabkan gigi seseorang itu masih kuning meskipun penjagaan rapi dilakukan setiap hari. Ikuti penjelasan beliau di bawah.
Baca juga: Selepas Minum Sedikit Air Kelapa Rosak, Lelaki Maut Akibat Dicemari Kulat Berbahaya!
4 KESALAHAN BERUS GIGI HINGGA MAKIN KUNING

1. Berus gigi pada waktu yang salah
Doktor menyarankan supaya memberus gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur, dan bukannya sejurus sahaja selepas makan.
Hal ini kerana, selepas makan, mulut akan menjadi lebih berasid dengan skala pH sekitar 5.5 yang membuatkan gigi menjadi lembut.
Disebabkan itu, langsung menggosok gigi selepas makan akan menyebabkan gigi mudah terhakis dan menjadi kuning.
Sebaik-baiknya tunggu kira-kira 30 minit atau satu jam selepas makan, jika anda ingin juga memberus gigi.
2. Terlampau banyak memberus gigi dalam sehari
Menurut Dr Habubu, terdapat individu yang gemar memberus gigi sehingga lima hingga enam kali sehari.
Jelasnya, sedangkan amalan itu untuk pesakit-pesakit kanser yang baru melakukan chemotherapy atau radiotherapy.
Hal ini kerana, rawatan berkaitan akan memberi kesan kepada kelenjar air liur yang menyebabkan mereka kekurangan air liur seterusnya meningkatkan risiko gigi berlubang.
Sebaiknya, berus gigi mengikut waktu yang disarankan doktor gigi.
Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
3. Pilihan berus gigi

Terdapat tiga jenis pilihan berus gigi yang dijual di pasaran seperti lembut, sederhana dan keras. Jadi, pilihlah berus gigi yang lembut kerana ia lebih sesuai dan selamat digunakan setiap hari.
Malah, Dr Habubu menyatakan penggunaan berus gigi elektrik adalah antara yang terbaik. Walau bagaimanapun, jika ia digunakan sama seperti berus gigi biasa, ia tidak memberi kesan maksima dan hanya membazirkan duit sahaja.
4. Terlalu kuat memberus gigi

Tidak dinafikan ramai yang memilih berus gigi keras atau sederhana kerana beranggapan ia lebih membersihkan.
Walhal, kesan memberus dengan kuat boleh menyebabkan berlaku hakisan pada gigi seterusnya menyebabkan ia menjadi mudah sensitif, sakit dan warna kuning.
“Konklusinya, kita kena betulkan dulu cara memberus gigi. You beli produk beribu ringgit pun seperti whitening…it’s not gonna work, kalau you berus gigi cara yang salah,” ujar Dr Habubu.
@tomato_012 Replying to @bellemazlan ✩₊˚.⋆☾⋆⁺₊✧ Tq !! Yall make sure betolkan dulu berus gigi okk then baru pikir whitening ke ape ke #dentist #whitening #gigikuning #dentalstudent #gigiberlubang
Baca juga: Ini 7 Organ Badan Boleh Derma Setelah Meninggal, Beri ‘Kehidupan Baru’ Pada Orang Lain!
Sumber: TikTok @tomato_012
FT Image: Drazen Zigic
