Euforia Bola 2026
Famili

Tragis! Leher Terkena Bilah Sabit Ketika Tunggang Motosikal, Pelajar Kolej Maut & Rakan Cedera Di Tangan!

bilah sabit

Seorang pelajar kolej dilaporkan maut selepas lehernya terkena bilah sabit dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Teluk Intan pada pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Baca juga: [VIDEO] Nak Tekan Brek Tapi Selipar Tersangkut Pada Karpet, Kereta ‘Terjun’ Dalam Parit Ketika Cuba Parking

PELAJAR KOLEJ MAUT LEHER TERKENA BILAH SABIT

bilah sabit

Gambar Sinar Harian: Lokasi kejadian pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher.

Kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata,

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal telah terkena pada bahagian leher mangsa, yang ketika itu juga sedang menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang menunggang motosikal bersama rakannya.

Sementara itu, seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan rakan sekolej mangsa turut cedera pada bahagian tangan dan kini sedang menerima rawatan.

Baca juga: Memancing Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Terjatuh Loji Air

bilah sabit

Gambar Sinar Harian: Al-Fatihah kepada allahyarham Adham Bin Faisal.

Dua lelaki warga asing ditahan bantu siasatan

Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan dua lelaki warga asing yang masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan. Selain penahanan itu, polis turut merampas sebilah sabit yang dipercayai terlibat dalam kejadian serta sebuah motosikal.

Menurut pihak polis, kes kini disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

Kedua-dua suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi tujuan permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. – BERNAMA

Baca juga: Cucu Kongsi Pesan Akhir Nenek Tercinta, Titipkan “Wang Mati Saya” Sebelum Dijemput Ilahi Di Bulan Mulia

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×