Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pasangan Cina Ini Raih Pujian, Jual Kurta Raya RM10 Demi Bantu Golongan B40 Sambut Aidilfitri

pasangan suami isteri

Menjelang sambutan Aidilfitri, ramai yang mula membuat persiapan termasuk membeli pakaian raya baharu. Namun bagi sesetengah keluarga, kos pakaian raya boleh menjadi beban terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Dalam situasi ini, kisah pasangan suami isteri yang tampil membantu masyarakat turut mencuri perhatian ramai.

Baca juga: KPM Umum Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 Sekali Cuti Penggal, Auto Jadi Lebih Lama! Untung Pelajar~

PASANGAN SUAMI ISTERI CINA JUAL KURTA RM10 SEMPENA AIDILFITRI

pasangan suami isteri

Foto: Facebook BERNAMA

Prihatin dengan keadaan tersebut, pasangan suami isteri berbangsa Cina, Chee Sur Wing, 33, dan Rita Too Wan Er, 32, mengambil inisiatif menjual pakaian raya pada harga yang jauh lebih mampu milik bagi membantu mereka yang memerlukan.

Memasuki tahun ketiga berturut-turut, pasangan ini terus mencuri perhatian apabila menyediakan pakaian raya pada harga ‘Rahmah’ khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Jika dua tahun lalu mereka menjual set lengkap baju raya bersama sampin pada harga serendah RM50, tahun ini mereka mengambil pendekatan berbeza dengan memberi fokus kepada jualan baju kurta yang boleh didapati pada harga serendah RM10.

Menurut Chee, inisiatif tersebut lahir daripada niat untuk membantu golongan B40 agar mereka juga dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

“Niat saya dan isteri cuma satu, iaitu ingin membantu golongan B40, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka juga dapat merasai kemeriahan Aidilfitri dengan pakaian baharu,” katanya.

Tambah beliau, kurta berharga RM10 itu hanya dijual untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula di bazar Aidilfitri atau kedai pakaian.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan tujuan asal inisiatif ini benar-benar tercapai, iaitu membantu orang ramai mendapatkan pakaian raya pada harga yang mampu milik.

pasangan suami isteri

Foto: Facebook BERNAMA

Menurut Chee lagi, sambutan yang diterima setiap tahun sangat menggalakkan. Malah pada tahun lalu sahaja, lebih 20,000 pasang pakaian raya berjaya dijual.

Antara pakaian yang ditawarkan termasuk baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu Johor (Teluk Belanga), baju kurung, baju kebaya serta baju kurta.

Walaupun dijual pada harga rendah, pasangan ini tetap menitikberatkan soal kualiti. Mereka menggunakan fabrik seperti satin dan Como Crepe serta benang berkualiti supaya pakaian lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

Buat masa ini, pasaran mereka lebih tertumpu kepada penduduk sekitar Kluang. Orang ramai yang berminat boleh datang sendiri ke kilang mereka di Taman Sri Kluang yang dibuka setiap hari kecuali Ahad.

Selain menghasilkan pakaian raya, pasangan ini turut menghasilkan pelbagai jenis pakaian korporat untuk lelaki dan wanita pada harga berpatutan. Mereka juga aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan serta wakil rakyat tempatan.

Baca juga: “Pelukan & Salam Raya 2024 Itu Sangat Berharga..” – Kini Susuk Tubuh Ibu Tidak Lagi Terlihat Di Pagi Raya

Sumber: BERNAMA 

FT Image: Facebook BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×