Pelakon Amyza Aznan pakai tudung sama ketika menziarahi kubur arwah anak tercinta, menjadi tanda tanya warganet yang ingin tahu.
Ternyata sebab di sebalik pemilihan penampilan itu, rupanya tersimpan kenangan terakhir yang amat bermakna bagi seorang ibu.
AMYZA AZNAN PAKAI TUDUNG SAMA SETIAP KALI ZIARAH KUBUR ARWAH ANAK

“Maaf. Saya macam tertanya-tanya, kenapa kak Amyza pakai tudung yang sama dari anak meninggal?”antara persoalan yang diterima menerusi laman Instagram.
Dengan nada tenang dan senyuman yang tidak pernah lekang, Amyza menjawab bahawa selendang tersebut bukan sekadar tudung biasa, sebaliknya mempunyai nilai sentimental yang amat besar dalam hidupnya.
Menurutnya, itulah tudung terakhir yang dipakai ketika bersama anak syurganya, Allahyarham Andre Mikhail. Sejak detik kehilangan itu, Amyza memilih untuk terus mengenakan tudung berkenaan sebagai tanda kenangan terakhir yang tidak ternilai.
Tambah Amyza lagi, walaupun dipakai hampir setiap hari, tudung tersebut tetap dijaga dengan baik. Baginya, ia bukan soal fesyen atau penampilan, tetapi simbol kasih sayang dan memori yang akan kekal selamanya di hati seorang ibu.

“Ramai rupanya yang perasan. Saya pakai shawl yang sama sebab itulah kenangan akhir saya dengan Almarhum Andre Mikhail. Tapi saya basuh tau walau pakai hari-hari,” ujarnya lembut.
Perkongsian itu nyata mengundang sebak dalam kalangan warganet yang memahami betapa sukarnya menerima kehilangan insan tersayang, apatah lagi seorang anak. Dalam senyuman yang terukir, tersimpan duka yang hanya mampu dirasai oleh hati seorang ibu.
Baca juga: 12 Negara Ini Dikatakan Paling ‘Kebal’ & Selamat Untuk Berlindung Jika Berlaku Perang Dunia Ketiga
Sumber: Instagram Amyza Aznan
