Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Kulit Nanas Jadi Rahsia Hilangkan ‘Watermark’ Cermin Kereta, Lelaki Ini Kongsi Caranya..

Masalah watermark pada cermin kereta bukan sahaja nampak kusam, malah boleh menyukarkan pemanduan. Biasanya, pemilik kereta akan menggunakan produk pembersih komersial, tetapi sebenarnya ada cara mudah dan murah menggunakan bahan semula jadi yang sedia ada di rumah.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok, @basriii53, berkongsi kaedah menggunakan kulit nanas untuk membersihkan cermin kereta sehingga bebas watermark dan kelihatan berkilat.

Baca juga: “Tak Payah Jadi Tukang Jahit Dah…” – Ibu Kongsi Cara Tampal Lencana Sekolah Anak, Setahun Tetap Melekat

WATERMARK CERMIN KERETA HILANG, HANYA GUNA KULIT NANAS

CERMIN KERETA

Dalam video yang dimuat naik, dia menunjukkan perbezaan jelas antara cermin yang dirawat dengan kulit nanas dan yang tidak. Bahagian yang menggunakan kulit nanas kelihatan lebih bersih dan bebas daripada kesan tompokan air atau ‘watermark’.

Caranya mudah sahaja:

– Kulit nanas dikisar terlebih dahulu, kemudian dimasukkan ke dalam kain dan diikat kemas.

– Kain tersebut kemudian dilap perlahan-lahan pada cermin hadapan kereta.

Selepas dibilas atau dilap, cermin dikatakan menjadi lebih jernih dan tidak meninggalkan kesan air.

Kaedah semula jadi ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah mesra alam kerana menggunakan bahan yang biasanya ada di dapur rumah.

Selain itu, ia juga lebih selamat untuk cermin kereta kerana tidak mengandungi bahan kimia keras yang boleh menghakis permukaan kaca atau merosakkan getah di sekeliling cermin.

CERMIN KERETA

Lebih menarik, teknik ini mudah dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, sama ada pemilik kereta baru atau lama, tanpa memerlukan pengalaman khusus.

Hanya dengan sedikit masa dan kreativiti, cermin kereta boleh kembali bersih, bebas watermark, dan memberikan pandangan yang jelas semasa memandu, menjadikan setiap perjalanan lebih selesa dan selamat.

Selamat mencuba!

@basriii53

untuk dapatkan tips2 seterusnya boleh follow yaa #fyp #tips #2026 #fypシ゚viral #explore

♬ bunyi asal – basriii – basriii

Baca juga: 7 ‘Trick’ Ajaib Ini Boleh Hilangkan Masalah Dinding Kotor, Paling Penting Cat Rumah Tak Rosak Pun!

Sumber: Basriii53

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×