Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Dipercayai Keluar Beli Makanan, Anak 4 Tahun Maut Dalam Kebakaran PPR Kampung Muhibbah

kebakaran PPR

Tragedi di Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Ahad iaitu kebakaran PPR telah mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam kejadian menyayat hati itu.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang di tingkat 10 blok perumahan berkenaan, mangsa ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tidur selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Baca juga: “Selama Ini B Jadi Mata Sayang, Lepas Ini Kaki” – Kakak Luah Terharu, Adiknya Miliki Suami Sifat Wafa’ Yang Tiada Tandingannya

KEBAKARAN PPR KAMPUNG MUHIBBAH RAGUT NYAWA BUDAK 4 TAHUN

kebakaran PPR

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud

Ditinggalkan bersama lima beradik lain

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa bersama lima lagi adik-beradiknya yang berusia antara sembilan bulan hingga 10 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mereka dipercayai keluar membeli makanan dan kesemua enam beradik berada di dalam rumah.

Jiran yang menyedari kebakaran tersebut bertindak pantas cuba menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila kanak-kanak terbabit dipercayai terperangkap di dalam bilik tidur utama yang sudah terbakar.

Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Baca juga: Anak Lahir 2021–2023? 1 Mac Dah Boleh Mohon Prasekolah 2027, Ini Panduan Lengkap Secara ‘Online’ & Manual!

kebakaran PPR

Gambar: PGO JBPM KL

Bomba temukan mangsa dalam bilik tidur

Sementara itu, kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan bahawa pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama bantuan BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah berkata kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan anggaran keluasan 20×40 kaki persegi dan tahap kemusnahan kira-kira 80 peratus.

Mangsa ditemukan rentung di dalam sebuah bilik dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman melibatkan 13 anggota bomba dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

ACP Mohd Rosdi Daud turut menasihati ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa peka serta tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini.

Baca juga: Jangan Tanya “Stage Berapa?”- Jaga Mulut & Adab Ini Bila Ziarah Pesakit Kanser, Elak Tambah Beban Emosi

Sumber: BERNAMA (1), (2)

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×