Euforia Bola 2026
Inspirasi

Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Hasilkan Puding Karamel, Cikgu Ucap “Terima Kasih Khairul Aming Jadi Guru Kami…”

PELAJAR PPKI

Perkongsian seorang guru mengenai kejayaan pelajar PPKI menghasilkan puding karamel mencuri perhatian warga maya. Menerusi satu hantaran di platform Threads oleh pengguna dikenali sebagai siguelovera, guru berkenaan menzahirkan penghargaan kepada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming atas perkongsian resepi yang mudah difahami dan diikuti.

Baca juga: Berita Baik! KWSP Akan Umum Dividen Sabtu Ini, Kadar Dijangka Antara 5.5 Hingga 6.3%

PELAJAR PPKI BUAT PUDING KARAMEL, “TERIMA KASIH CIKGU KAMI”

PELAJAR PPKI

Dalam video yang dimuat naik, empat orang pelajar PPKI dilihat dengan penuh bangga menunjukkan hasil puding karamel masing-masing yang berjaya disiapkan.

“Untuk Cikgu Khairul Aming, terima kasih jadi cikgu kami. Pelajar PPKI saya berjaya buat,” tulisnya ringkas.

Menurut guru tersebut, resepi yang dikongsikan sangat membantu kerana langkah-langkahnya jelas dan sesuai untuk diikuti secara dalam talian.

Perkongsian itu bukan sahaja memaparkan hasil masakan, malah jelas memperlihatkan keterujaan dan keyakinan pelajar apabila berjaya menyiapkan puding karamel sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan gembira melihat usaha serta pencapaian pelajar-pelajar istimewa tersebut.

PELAJAR PPKI

“Alaa comelnya semua, tahniah Sir khairulaming. Bagi la resepi mudah-mudah supaya anak-anak special pun boleh merasa nikmat gembira bila masakan menjadi,” tulis pengguna media sosial.

Inisiatif seperti ini bukan sekadar aktiviti memasak, malah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang membina kemahiran hidup, keyakinan diri serta koordinasi motor pelajar PPKI.

Perkongsian tersebut sekali lagi membuktikan bahawa dengan bimbingan yang sesuai dan resepi yang mudah difahami, setiap anak istimewa mampu mencipta kejayaan mereka sendiri. Tahniah buat guru dan pelajar atas usaha yang membanggakan ini.

Baca juga: Ini Jadual Waktu TERBAIK Ambil Vitamin & Suplemen Ketika Puasa, Selama Ini Silap..Patutlah Badan Lemah!

Sumber: Threads Siguelovera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×