Euforia Bola 2026
Famili

Budak 12 Tahun Buat Pengakuan Terakhir Sebelum Maut, Dedah Ibu Tiri Paksa Minum Air Panas Mendidih!

ibu tiri

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sempat membuat pengakuan mengejutkan sebelum meninggal dunia di hospital, mendakwa dirinya dipaksa minum air panas oleh ibu tiri.

Pengakuan tersebut dibuat ketika berada dalam keadaan lemah selepas mengalami kecederaan serius pada beberapa bahagian tubuhnya.

Baca juga: APM Bantu Pindahkan Pesakit 300kg Ke HSNZ Guna Lori, Ramai Terkejut & Ini Reaksi Warga Maya

IBU TIRI DIDAKWA DERA BUDAK 12 TAHUN

ibu tiri

Gambar Agensi: Mayat kanak-kanak itu dibawa keluar dari hospital.

Mangsa yang dikenali sebagai NS itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sekali gus mencetuskan perhatian masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak dalam lingkungan keluarga sendiri.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di Desa Bojongsari, Kecamatan Jampangkulon, Kabupaten Sukabumi, Indonesia dan kini mendapat perhatian meluas masyarakat setempat.

Kronologi kejadian sebelum mangsa meninggal dunia

Difahamkan, bapa mangsa, Anwar Satibi, menerima panggilan daripada isterinya ketika berada di luar bandar atas urusan kerja. Isterinya memaklumkan bahawa anaknya demam panas dan bercakap secara tidak menentu.

Namun sebaik sahaja pulang ke rumah, Anwar terkejut melihat keadaan tubuh anaknya yang sudah melepuh.

Ibu tiri NS menafikan bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada perbuatannya dan mendakwa keadaan itu berlaku akibat demam panas yang dialami mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Jampang Kulon untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengakuan terakhir yang mengejutkan

Di hospital, seorang lelaki berusia yang dihormati keluarga mendekati mangsa untuk bertanya tentang keadaan sebenar yang dialaminya.

Dipercayai dalam keadaan lemah, NS menamakan ibu tirinya sebagai punca kejadian sambil menunjukkan telinganya yang cedera.

NS mengaku pernah dipukul sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri, selain dipaksa minum air panas. Selepas pengakuan tersebut dibuat, NS tidak lagi mampu bertahan dan meninggal dunia ketika dirawat di ICU.

Bapa mangsa yang terlalu marah bertindak memukul isterinya, namun segera ditegah oleh lelaki berkenaan.

Baca juga: [VIDEO] Tragis Awal Pagi! Seorang Kanak-Kanak 6 Tahun Maut, Rentung Dalam Rumah Teres

ibu tiri

Gambar Sinar Harian: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sempat membuat pengakuan mengejutkan sebelum meninggal dunia, mendakwa dirinya dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

Hasil pemeriksaan forensik

Ketua Jabatan Forensik, Kombes Dr Carles Siagian mendedahkan bahawa pemeriksaan luaran mendapati terdapat luka bakar pada beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk lengan, kaki kanan, bahu dan bahagian belakang.

Terdapat juga kesan luka lama di sekitar bibir atas dan hidung yang dipercayai berpunca daripada penggunaan alatan atau air panas, namun ia tidak cukup untuk menyebabkan kematian.

Pemeriksaan dalaman pula mendapati paru-paru mangsa sedikit bengkak, sekali gus mendorong pihak forensik meneliti kemungkinan faktor lain.

“Kami telah mengambil sampel organ untuk dianalisis di makmal di Jakarta bagi mengenal pasti sebarang bahan berbahaya yang mungkin terdapat dalam organ mangsa,” katanya.

Dr Carles turut menegaskan bahawa tiada tanda kekerasan menggunakan objek tumpul ditemui setakat ini dan siasatan kini memfokuskan kepada ujian makmal bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes NS menjadi peringatan bahawa penderaan kanak-kanak boleh berlaku dalam lingkungan keluarga sendiri dan menekankan kepentingan pemantauan, pendidikan ibu bapa, serta perlindungan undang-undang untuk anak-anak di seluruh Indonesia. -Agensi

Baca juga: Disahkan Bukan Ibu Kandung…Tapi Dia Yang Mengandung! Ini Kisah Benar & ‘Rare’ Manusia Chimera Miliki 2 DNA

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×