Setiap kali Ramadan tiba, perapan ayam goreng berempah ini jadi projek wajib di rumah seorang pengguna Facebook, Roswati Mohamed Addnan, yang berkongsi tip mudah untuk memudahkan urusan sahur.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila menerima 691 perkongsian dan 702 tanda suka setakat 23 jam dimuat naik.
Baca juga: Kuah Pekat ‘Kaw’ & Lemak Santan Lebih Terasa, Wanita Kongsi Cara TUMIS Masak Lemak Daging Salai!
PENYEDIAAN PERAPAN AYAM GORENG BEREMPAH UNTUK SAHUR

Gambar: Roswati Mohamed Addnan
Menurut Roswati, keluarganya kurang menggemari lauk berkuah seperti gulai untuk sahur. Jadi ayam goreng menjadi menu wajib, namun bagi menjimatkan masa, ayam akan diperap dan dibekukan lebih awal.
Bagi yang ingin mencuba, berikut bahan dan langkah yang dikongsikan:
- Kisar bawang putih dan halia bersama garam kasar (agak-agak mengikut jumlah ayam), kemudian gaulkan pada ayam.
- Tambahkan serbuk kunyit, serbuk cili, 1 atau 2 biji telur serta mixed herbs, kemudian gaul hingga sebati.
- Taburkan tepung bistari, sedikit tepung beras dan tepung jagung, gaul rata sehingga semua ayam bersalut sempurna.
Selepas siap diperap:
- Bahagikan ayam mengikut portion masakan.
- Masukkan dalam plastik atau bekas berasingan.
- Simpan dalam peti sejuk beku.
Apabila ingin menggoreng, hanya keluarkan dan terus masak. Lebih praktikal terutama waktu sahur yang singkat.
Baca juga: Neelofa Kongsi Menu Tahan Lapar Terutamanya Waktu Puasa, Ramai Dah Cuba & Beri ‘Feedback’ Positif!

Gambar: Roswati Mohamed Addnan
Tip ayam lebih pejal & rangup
Roswati turut berkongsi satu tip penting sebelum proses perapan dilakukan:
- Basuh ayam seperti biasa.
- Pada bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka dalam air.
- Gaul seketika, kemudian alirkan air dan bilas bersih sebelum ditoskan.
Menurutnya, langkah ini membantu menjadikan tekstur ayam lebih pejal selepas digoreng.
Tidak hairanlah ramai yang tertarik kerana cara ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengawal perbelanjaan dapur sepanjang Ramadan.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau mempunyai jadual padat, teknik perap dan beku ini memang boleh dipraktikkan lebih awal, seperti seminggu atau dua minggu sekali, bagi memastikan stok lauk sentiasa tersedia.
Sumber: Roswati Mohamed Addnan
FT Image: Roswati Mohamed Addnan
