Euforia Bola 2026
Famili

Viral Ibu Mentua Hadiahkan Gelang Emas Kepada 5 Menantu, Netizen Puji Contoh Terbaik Mentua Idaman!

gelang emas

Bukan semua orang bertuah dapat keluarga mentua yang menerima dengan hati terbuka. Namun bagi lima wanita ini, kehadiran mereka dalam keluarga suami benar-benar diraikan. Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok mencuri perhatian ramai apabila seorang ibu mentua menghadiahkan gelang emas kepada kelima-lima menantunya sebagai tanda kasih dan penghargaan!

Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji

IBU MENTUA HADIAHKAN GELANG EMAS DEKAT 5 ORANG MENANTU, BESTNYA!

gelang emas

Bagi seorang menantu, dilayan seperti anak sendiri tanpa dibanding-bandingkan dengan yang lain adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Rasa dihargai dan diterima seadanya mampu mengeratkan hubungan serta memudahkan proses menyesuaikan diri dalam keluarga baharu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @ndyayysof, kelihatan lima bekas kecil diletakkan di atas meja. Di dalamnya tersimpan gelang emas yang bakal menjadi hadiah istimewa buat setiap menantu.

Apa yang lebih menyentuh hati, ibu mentua tersebut bukan sekadar menyerahkan hadiah, malah memakaikan sendiri gelang emas itu kepada menantu-menantunya dengan bermula daripada menantu pertama hingga yang kelima.

Wajahnya jelas memancarkan kegembiraan dan rasa bangga, manakala kelima-lima menantu kelihatan sebak dan terharu menerima pemberian yang cukup bermakna itu.

“Alhamdulillah. Semoga mentuaku diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu,” tulisnya ringkas di kapsyen video tersebut.

Rezeki dapat mentua yang baik, buat ramai cemburu ‘positif’

gelang emas

Sejak dahulu, imej ibu mentua sering digambarkan sebagai tegas dan sukar didekati. Tidak hairanlah ada yang berasa gementar setiap kali mahu pulang ke rumah mentua. Namun perkongsian ini seolah-olah mematahkan stereotaip tersebut. Hubungan yang dibina atas dasar hormat dan kasih sayang jelas mampu mewujudkan suasana keluarga yang harmoni.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa tersentuh melihat layanan adil yang diberikan kepada semua menantu.

“Seronoknya tengok… saya ada empat anak lelaki. Insya-Allah nanti saya pun nak layan menantu macam anak sendiri,” tulis seorang pengguna.

Perkongsian ini bukan sekadar tentang hadiah emas semata-mata, tetapi tentang nilai kasih sayang, keikhlasan dan penerimaan dalam sebuah institusi keluarga. Kadang-kadang, ‘hadiah’ paling mahal bukanlah pada nilainya, tetapi pada cara ia diberi dengan penuh kasih dan tanpa pilih kasih.

@ndyayysof Anak mak mertua semua lelaki, jadi emas emas dapat ke menantu jela yeee. Alhamdulillah🥰🥰 #mertuavsmenantu ♬ bunyi asal – Sharmiza Natasya – MizaSelect

Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

Sumber: Tiktok @ndyayysof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×