Euforia Bola 2026
Famili

Putera Mateen & Anisha Dedah Wajah Puteri Sulung, Nama Zahra Mariam Bolkiah Jadi Pilihan.. Comelnya!

putera brunei

Khabar gembira daripada Istana Brunei Darussalam terus menerima perhatian ramai apabila Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen bersama isteri tercinta, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, akhirnya berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka kepada umum.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi milik baginda, @tmski, sekeping foto dimuat naik memaparkan momen penuh kasih sayang apabila Pengiran Muda Abdul Mateen memangku puteri kecilnya sambil ditemani isteri di sisi. Perkongsian tersebut turut disertakan dengan nama puteri mereka, Zahra Mariam Bolkiah.

Baca juga: Bayi Berat Hampir 5Kg Selamat Dilahirkan, Petugas Hospital Berlari Nak Lihat Kecomelan Si Kecil!

PUTERA BRUNEI & ISTERI KONGSI NAMA & WAJAH PUTERI SULUNG

PUTERA BRUNEI

Dalam kapsyen yang ditulis, baginda dan isteri meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulung mereka. Mereka turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan di JPMC atas penjagaan serta sokongan yang diberikan sepanjang proses kelahiran.

Selain itu, pasangan diraja berkenaan juga berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirimkan doa dan ucapan tahniah.

“Zahra Mariam Bolkiah. Anisha dan saya amat bersyukur kepada pasukan Jerudong Park Medical Centre yang luar biasa atas penjagaan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa yang baik-baik,” ujarnya.

Pada masa sama, akaun peminat @anishaik.tmski turut berkongsi gambar yang memperlihatkan wajah jelas Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah, sekali gus menambahkan lagi keterujaan dalam kalangan rakyat dan pengikut keluarga diraja tersebut.

putera brunei

Terdahulu, media melaporkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan nama rasmi kepada cucunda baginda iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.

Ahad lalu, media tempatan melaporkan bahawa puteri berkenaan selamat diputerakan pada jam 8.50 pagi.

Untuk rekod, Pengiran Muda Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam telah melangsungkan pernikahan pada 11 Januari 2024. Pengiran Muda Abdul Mateen yang terkenal dan sering menjadi perhatian umum merupakan anakanda ke-10 daripada 12 beradik serta putera keempat kepada Sultan Brunei.

Baca juga: Pernah Tumpang Belajar Di PASTI Segamat, Perpisahan Adik Kang Kang Ini Buat Rakan Mengalir Air Mata…

Sumber: Instagram tmski

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×