Euforia Bola 2026
Cantik

Jauh Sebatu Dah Bau Tengik Bawang, Rupanya Kain Baju Polyester Yang Dipakai Punca..Bukan Badan!

kain polyester

Kain polyester sering menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang cepat kering dan ringan dipakai, namun tidak ramai sedar fabrik ini juga boleh menjadi punca utama baju cepat berbau walaupun badan sudah mandi dan pakai deodorant.

Perkara ini dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu perkongsian yang menarik perhatian ramai. Selepas, ramai yang mengadu baju mereka nampak bersih tetapi mengeluarkan bau kurang menyenangkan hanya selepas beberapa minit dipakai.

Baca juga: 10 Manfaat Air Mawar Bikin Wajah Cantik Lain Macam, Patutlah Orang Timur Tengah Kulitnya A+!

BUKAN SALAH BADAN WANGI TAPI BAU TENGIK, KAIN POLYESTER PUNCANYA

kain polyester

Gambar hiasan: Gemini AI

Masalah bukan pada badan, tapi pada baju

Ramai menyangka bau ketiak berpunca daripada peluh atau kebersihan diri. Hakikatnya, masalah sebenar sering berpunca daripada jenis kain baju itu sendiri.

Baju berasaskan polyester atau microfiber memang ‘juara’ dalam menyerap minyak badan. Berbeza dengan kapas yang mudah menyerap air, kain jenis ini sebenarnya lebih ‘mesra’ dengan minyak dan sisa kulit mati.

Kuman suka berkumpul pada serat kain

Apabila minyak ketiak dan sel kulit mati melekat pada serat kain, keadaan itu menjadi persekitaran ideal untuk pembiakan kuman. Lama-kelamaan, kuman ini akan membentuk satu lapisan dipanggil biofilm.

Biofilm ini bertindak seperti perisai, menjadikan kuman sukar ditanggalkan walaupun baju dibasuh berulang kali. Sebab itu, sebaik sahaja badan mula panas, kuman akan ‘aktif’ semula dan menghasilkan bau yang kuat.

Elakkan guna pelembut kain untuk baju jenis ini

Satu kesilapan biasa yang ramai tidak sedar ialah penggunaan pelembut kain atau fabric softener pada baju polyester.

Pelembut kain akan menyelaputi serat fabrik, sekali gus ‘mengunci’ kuman dan minyak di dalamnya. Hasilnya, baju mungkin terasa lembut, tetapi bau kurang menyenangkan tetap kekal dan semakin sukar dihilangkan.

Baca juga: Baju Kurung VS Blazer, Jurugambar Dedah Rahsia Foto Korporat Wanita Nampak Profesional Tanpa ‘Overdressed’

kain polyester

CARA SELAMATKAN BAJU YANG DAH BERBAU

Jika baju polyester sudah mula mengeluarkan bau walaupun nampak bersih, masih ada cara untuk menyelamatkannya.

Antara langkah yang disarankan ialah merendam baju dengan cuka putih atau soda bikarbonat selama kira-kira 20 minit sebelum dibasuh seperti biasa. Kaedah ini membantu memecahkan lapisan minyak dan biofilm yang melekat pada kain.

Tanpa langkah ini, penggunaan minyak wangi atau deodorant berlebihan tetap tidak akan mampu menewaskan bau yang terperangkap dalam fabrik.

Bagi ibu bapa, isu ini penting untuk diberi perhatian terutamanya jika anak-anak memakai pakaian sekolah atau sukan daripada bahan polyester.

Jangan terus menyalahkan anak kerana bau badan, kerana besar kemungkinan puncanya adalah baju yang sudah menjadi sarang kuman tanpa disedari.

Baca juga: Malaysia Dalam Senarai 50 Negara Dengan Wanita Tercantik Dunia, Ini Ranking Penuh Yang Mengejutkan!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: Public Health Malaysia (PHM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×