Proses pantang selepas bersalin kembali menjadi perbualan hangat di media sosial apabila warganet membandingkan amalan penjagaan ibu di Malaysia dengan negara Barat.
Ada yang menyatakan bahawa ibu di negara Barat dilihat lebih cepat pulih, bertenaga dan mampu kembali melakukan aktiviti harian sejurus selepas melahirkan anak, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan proses pantang yang diamalkan di sini.
Baca juga: Harga Terkini Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Dari Kelas 1 Hingga Kelas 3, ‘Save’ Untuk Rujukan!
PROSES PANTANG DI MALAYSIA DILABEL MENGARUT, IBU SAMPAI PUCAT & LEMAH

Freepik
Pendapat ini mendapat pelbagai respons kerana ada yang bersetuju, berpendapat bahawa sebahagian pantang di Malaysia terlalu ketat dan kadang-kadang menyukarkan ibu untuk pulih dengan baik. Mereka menekankan kepentingan rehidrasi, pemakanan berkhasiat dan aktiviti ringan bagi mempercepatkan pemulihan selepas bersalin.
“My mom pernah berpantang di US & Malaysia. According to her comparison, di Malaysia ni pantang larang kadang-kadang mengarut sampai pucat, lemah, tak bertenaga, sembelit si ibu. Di US, after you gave birth, nurse bagi real juice, cukup protein. Minum air, nurse check untuk make sure badan hydrate dan susu lancar. Tak ada istilah rahim kembang, urat kembang,” ujarnya.
Namun, tidak kurang juga yang menegaskan bahawa pantang tradisional mempunyai fungsinya sendiri termasuk membantu ibu memberi fokus kepada penyembuhan tubuh dan mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.

“Berpantang traditional sebenarnya ialah bentuk penjagaan selepas bersalin yang paling awal wujud sebelum adanya hospital, antibiotik dan lain-lain. Tujuan amalan ni baik..memberi rehat, keep body warm, membantu recovery, menggalakkan mummy-baby bonding,” komen warganet.
Perbincangan ini menampakkan perbezaan budaya antara Timur dan Barat. Di Barat, ibu biasanya diberi lebih kebebasan selepas bersalin, dengan sokongan nutrisi, pemantauan jururawat, dan aktiviti ringan yang selamat.
Sementara itu, di Malaysia, pantang tradisional masih menekankan larangan fizikal dan pemakanan tertentu, walaupun ada juga ibu yang menyesuaikan pantang mengikut keselesaan sendiri.
Warganet juga mencadangkan supaya pantang tradisional dimodenkan dengan memberi penekanan kepada nutrisi, rehidrasi, dan pergerakan ringan, tanpa meninggalkan nilai budaya yang penting.
Sumber: Threads Thegayungless
