Euforia Bola 2026
Didik

Denda Melampau Guru Undang Padah, Pelajar Dikejarkan Ke Hospital Selepas Kena Buat ‘Squat’ 800 Kali!

kerja sekolah

Berita ini mengejutkan orang ramai apabila seorang pelajar terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital selepas didakwa dipaksa melakukan 800 kali duduk-bangun (squat) oleh seorang guru sebagai hukuman kerana gagal menyiapkan kerja sekolah!

Kejadian mengejutkan itu mula mendapat perhatian ramai selepas bapa mangsa berkongsi pengalaman anaknya di Facebook, seperti yang dilaporkan oleh portal berita tempatan Thailand, Thaiger.

Baca juga: Bangga! UTP, UM & UKM Tersenarai Top 250 Universiti Terbaik Dunia Versi Times Higher Education 2026

Kena Squat 800 Kali Sebab Kerja Sekolah Tak Siap, Sakit Teruk Selepas Pulang Sekolah

kerja sekolah

Foto: Thaiger

Menurut perkongsian tersebut dan juga dalam laporan Harian Metro, pelajar berkenaan mengadu mengalami sakit otot yang teruk sebaik sahaja pulang dari sekolah. Keadaan itu menyebabkan keluarganya segera membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, termasuk ujian darah.

Hasil pemeriksaan awal mendapati fungsi buah pinggang pelajar masih normal, namun ujian susulan dalam tempoh tiga hari menunjukkan peningkatan mendadak enzim otot, satu petanda kecederaan otot akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.

Susulan itu, doktor menasihatkan pelajar berkenaan supaya berehat sepenuhnya, meluruskan kaki, serta mengelakkan berjalan sekurang-kurangnya selama tiga hari. Mangsa juga diminta minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari bagi membantu proses pemulihan dan mengurangkan risiko komplikasi.

Bapa Luah Kebimbangan Hukuman Melampau

kerja sekolah

Foto: Thaiger

Dalam kenyataannya, bapa mangsa meluahkan kebimbangan terhadap bentuk hukuman yang disifatkan sebagai keterlaluan dan berbahaya, terutama apabila melibatkan kanak-kanak.

“Memaksa pelajar menjalani hukuman fizikal yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan serius lain,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak sekolah agar lebih bijak dalam mendisiplinkan pelajar, dengan memilih kaedah yang lebih selamat dan berkesan seperti tugasan pembersihan atau aktiviti berunsur pendidikan.

Insiden ini sekali lagi mencetuskan perbincangan awam mengenai keselamatan pelajar di sekolah serta keperluan garis panduan jelas dalam pelaksanaan hukuman disiplin agar tidak membahayakan kesihatan fizikal dan mental murid.

*Ada sesiapa yang pernah dihukum dengan teruk di sekolah pada zaman persekolahan dulu?

Baca juga: Isu Gunting Tudung Pelajar: Guru Mohon Maaf, Dipindahkan Sekolah & Tudung Sudah Diganti Baharu

Sumber: Thaiger, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×