Satu perkongsian menyentuh perasaan melibatkan Abdur Rahman tular di media sosial apabila pemuda itu meminta bantuan warga maya untuk menyunting gambar perkahwinannya bersama arwah ahli keluarganya yang telah tiada.
Permintaan itu dibuat menerusi satu hantaran di Threads oleh akaun @rahmanlah___, di mana dia meluahkan hasrat agar wajah ibu, bapa dan adik-beradiknya dapat ‘hadir’ dalam sekeping foto pernikahan sebagai kenangan peribadi.
Baca juga: Viral Senarai Sekolah Padat Sampai Ada 58 Murid Sekelas! Ibu Bapa Luah “Macam Mana Jadi Begini?”
PERMINTAAN ABDUR RAHMAN MINTA SUNTING ARWAH KELUARGA BUAT RAMAI SAYU

Gambar di kongsikan Abdur Rahman di Threads.
“Saya nak letak dalam bingkai sebelah katil”
Dalam hantaran berkenaan, Abdur Rahman tidak meminta sesuatu yang berlebihan, sebaliknya hanya mengharapkan hasil suntingan gambar yang kelihatan nyata untuk disimpan sebagai tatapan harian.
Menurutnya, gambar itu akan diletakkan di dalam bingkai di sebelah katil supaya dia dapat melihat wajah insan tersayang setiap hari, sekali gus mengubat kerinduan terhadap keluarga yang telah pergi buat selama-lamanya.
Mereka tak sempat melihat saya berumah tangga

Antara hasil suntingan dari warga maya di Threads @aehomesdeco (kiri) dan @gadys__98 .
Menurut laporan Harian Metro, Abdur Rahman meluahkan bahawa keluarganya tidak sempat menyaksikan detik pernikahannya, justeru dia seolah-olah ingin ‘memberitahu’ mereka bahawa dirinya kini telah mendirikan rumah tangga.
“Ramai netizen dah buat, jadi cubalah ikut mereka. Saya tidak mengharapkan apa-apa, cuma inginkan kebahagiaan, saya harap akan menemukan gambar yang diidam-idamkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Pemuda berusia 21 tahun itu kini menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan bahasa Arab dan bergelar suami kepada Wahidatul Imtiyazzah sejak Disember lalu.
Tragedi ragut enam ahli keluarga sekelip mata
Terdahulu, Abdur Rahman pernah diuji dengan kehilangan enam ahli keluarganya dalam satu nahas jalan raya tragis di Segamat pada 1 September 2023.
Abdur Rahman hilang bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46; ibu, Noorahimah Noor Muhamad, 43; serta adik-adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Dalam kejadian itu, sebuah Perodua Alza yang dinaiki mereka dirempuh lori ketika dalam perjalanan menghantar ibu ke sekolah agama. Hanya seorang adik, Abdullah Amir yang kini berusia 18 tahun terselamat.
Pemuda berusia 21 tahun itu kini menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan bahasa Arab dan bergelar suami kepada Wahidatul Imtiyazzah sejak Disember lalu.
Sementara itu, hantaran Rahman malam tadi mendapat reaksi ramai, dengan tidak kurang tampil menawarkan bantuan untuk menyunting gambar, sambil menitip doa supaya pemuda itu terus tabah menempuh kehidupan baharu sebagai seorang suami.
Ratusan komen memenuhi perkongsian itu dengan ramai mendoakan kebahagiaannya bersama isteri.
Baca juga: Berat Ujian Ditanggung, Ibu Bapa OKU Besarkan Anak Usia 12 Tahun Ada 9 Masalah Kesihatan!
Sumber: Threads @rahmanlah___ / Harian Metro
FT Image: Threads @rahmanlah___
