Euforia Bola 2026
Famili

“MasyaAllah, Kecil-Kecil Lagi Dah Cantik”- Budak Perempuan Miliki Mata Cantik Warna Kelabu Raih Hampir 5 Juta Tontonan Video!

mata cantik

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Hessa Adlena mencuri perhatian ramai apabila wajahnya tular di media sosial, khususnya disebabkan mata cantik berwarna kelabu semula jadi yang jarang dimiliki.

Perkongsian berkenaan telah meraih lebih 4.8 juta tontonan, sekali gus menjadikan si kecil itu menerima komen positif dalam kalangan warganet.

Baca juga: Adik-Adik, Ini 10 Program Pengajian Di IPTA Paling Ramai Mohon… Susah ‘Lock’ Kalau Tak Penuhi Syarat!

MATA CANTIK WARNA KELABU BIRU ADIK INI TARIK PERHATIAN, “COMELNYA”

MATA CANTIK

Keunikan warna mata Nur Hessa Adlena nyata memukau ramai, malah ada yang menyangka ia hasil penggunaan kanta lekap. Namun, menurut perkongsian ahli keluarganya, warna mata tersebut adalah semula jadi dan dipercayai diwarisi daripada sebelah bapanya yang mempunyai darah kacukan.

Raut wajahnya yang polos, ditambah dengan mata kelabu yang menyerlah, membuatkan ramai menyamakan penampilannya dengan kanak-kanak berketurunan Barat. Tidak kurang juga yang menyifatkan si kecil itu memiliki aura ‘Mat Saleh’, meskipun masih kecil.

Ruangan komen media sosial dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata tidak dapat menyembunyikan rasa kagum terhadap kecomelan Nur Hessa Adlena. Ada yang memuji kecantikan semula jadinya, manakala sebahagian lagi menyifatkan wajahnya seolah-olah anak patung.

MATA CANTIK

“MasyaAllah mata dia cantik sangat, lain daripada yang lain. Comel betul, mata kelabu tu buat dia nampak unik! Baru kecil dah ada aura, besar nanti mesti lagi cantik,” antara komen yang turut mencuri perhatian.

Selain warna mata, ekspresi wajah Nur Hessa Adlena yang tenang dan senyuman manisnya turut menjadi faktor utama mengapa perkongsian tersebut mudah meraih perhatian ramai.

Keunikan semula jadi yang dimiliki Nur Hessa Adlena menjadikannya istimewa di mata warganet. Bagi kebanyakan pengguna, kecomelan si kecil ini bukan sekadar cantik pada rupa, tetapi juga anugerah yang wajar dihargai.

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 2027 Dibuka Online Bermula 15 Februari, Anak Lahir 2 Januari-31 Disember 2021 Layak Daftar

Sumber: TikTok Nurhessa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×