Pendaftaran Tahun 1 2027 kini dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia, termasuk mereka dalam kohort enam dan tujuh tahun.
Ibu bapa digalakkan membuat pendaftaran secara dalam talian mulai 15 Februari hingga 31 Mac bagi memastikan tempat anak mereka di sekolah Tahun 1.
PENDAFTARAN TAHUN 1 2027 SECARA ONLINE BERMULA 15 FEBRUARI

Kredit: Bernama
Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas dan lahir di luar tempoh 2 Januari hingga 31 Disember 2021 kini layak mendaftar untuk memasuki Tahun 1 pada tahun hadapan melalui kohort enam tahun.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 pula boleh mendaftar melalui kohort tujuh tahun bagi kemasukan Tahun 1.
“Ketetapan ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membolehkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula 2027 secara sukarela, tanpa perlu melalui ujian saringan,” jelasnya.
Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftar melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my.

Beliau menekankan bahawa pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun (berusia lima tahun ke atas) dan kohort tujuh tahun (berusia enam tahun ke atas).
Keputusan ini susulan pengumuman kerajaan bahawa ujian saringan diagnostik untuk menentukan kelayakan kemasukan murid Tahun 1 bagi kanak-kanak berusia enam tahun tidak akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira kebimbangan bahawa ujian berkenaan berpotensi memberi kesan psikologi kepada kanak-kanak serta bersifat diskriminatif.
Baca juga: Emas Catat Rekod Tertinggi Sepanjang Masa, Harga Hari Ini Cecah RM655 Segram!
Sumber: Kosmo!
