Euforia Bola 2026
40 Minggu

Akibat Kesunyian, Wanita Warga Emas Nekad Hamil & Selamat Lahirkan Bayi Di Usia 59 Tahun!

melahirkan bayi

Rezeki! Kisah seorang warga emas melahirkan bayi pada usia 59 tahun, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia nekad hamil kerana berasa kesunyian selepas anak perempuannya menetap di luar negara.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita dikenali sebagai Zou itu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan Caesarean pada 9 Januari lalu di Hospital No 1 Rakyat Zhangjiagang, wilayah Jiangsu, timur China.

Baca juga: Kontraksi Datang Mengejut! Detik Cemas Wanita Bersalin Dalam Bas, Selamat Lahirkan Bayi Kembar

WARGA EMAS NEKAD MELAHIRKAN BAYI KERANA KESUNYIAN

melahirkan bayi

Gambar Sohu: Zou, 59 tahun, menerima urutan kaki untuk melegakan bengkak sambil berbaring di katil hospitalnya.

Nekad hamil kerana rasa sunyi

Bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram, manakala Zou mencatat rekod sebagai wanita hamil paling berusia di bandar berkenaan, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.

Zou yang sudah mempunyai seorang anak perempuan dewasa mengakui keinginannya untuk memiliki anak lagi timbul sekitar dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat selepas dia dan suaminya sering berasa sunyi kerana anak tunggal mereka menetap di luar negara.

“Melihat bayi dan mendengar tangisnya, saya sangat teruja. Saya tidak menyangka impian saya akan menjadi kenyataan,” katanya selepas selamat melahirkan bayi tersebut.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Zou mula memberi perhatian serius terhadap tahap kesihatannya sebelum mengambil keputusan untuk hamil pada usia lanjut.

Baca juga: 11 Tahun Menanti Zuriat, Pemandiri Kanser Payudara ‘Rare’ Ini Akhirnya Bergelar Ibu!

melahirkan bayi

Gambar Sohu: Zou memandang penuh kasih terhadap bayi barunya. Kehadiran bayi itu menjadikannya wanita tertua di bandar kelahirannya yang melahirkan anak.

Kehamilan berisiko tinggi, doktor pantau rapi

Difahamkan, Zou hamil hasil teknologi persenyawaan in vitro (IVF) yang dilakukan tahun lalu. Sepanjang kehamilan, pihak hospital menyediakan pelan pengurusan kesihatan menyeluruh memandangkan faktor usia yang berisiko tinggi.

Pakar obstetrik kanan hospital berkenaan, Dr Guo Huiping menjelaskan bahawa wanita hamil pada usia lanjut berdepan peningkatan ketara risiko komplikasi kehamilan serta keabnormalan janin.

Menurut beliau, Zou mengalami pelbagai cabaran kesihatan sepanjang kehamilan termasuk tekanan darah tidak stabil, masalah albumin dan asid urik, gangguan fungsi buah pinggang serta bengkak pada kaki.

Atas faktor keselamatan ibu dan bayi, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan Caesarean ketika usia kandungan mencecah 33 minggu lima hari.

Walaupun melalui proses kehamilan yang mencabar, ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas kelahiran, sekali gus menutup satu kisah luar biasa tentang keazaman seorang wanita demi mengatasi kesunyian dalam hidupnya.

Baca juga: Tragis! Wanita Maut Selepas 6 Hari Bersalin, Gara-Gara Duduk Lama Di Salon Rambut

Sumber: South China Morning Post

FT Image: South China Morning Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×