Euforia Bola 2026
Rakyat

“Sumpah Seram!”- Parcel Misteri Muncul Depan Rumah Ala Santau, Rupanya Taktik Baru Scammer.. Jangan Buka!

Baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia melaporkan pengalaman pelik apabila menerima barang online di rumahnya walaupun mereka tidak membuat sebarang pesanan.

Pada pandangan pertama, ia nampak seperti hadiah percuma namun, di sebalik barang online itu tersembunyi modul penipuan moden yang dipanggil brushing scam yang boleh menjerat mangsa tanpa disedari.

Baca juga: Tak Sangka Teknik ‘Berus’ Badan Buat Anak Picky Eater Terus Boleh Makan Apa Sahaja, Ibu Ini Kongsi Rahsia!

HATI-HATI DENGAN BARANG ONLINE TIBA-TIBA SAMPAI DEPAN RUMAH

BARANG ONLINE

Menurut maklumat daripada polis dan perkongsian orang ramai, modus operandi penipu biasanya bermula dengan cara yang cukup licik.

Penerima parcel akan dihubungi melalui panggilan telefon, dengan soalan biasa seperti barang tersebut diterima dalam keadaan elok atau tidak. Sekilas pandang, perbualan itu nampak mesra dan normal. Namun, panggilan ini hanyalah langkah pertama bagi penipu untuk membina kepercayaan.

Selepas itu, mangsa biasanya diajak untuk menyertai group WhatsApp khas dan mereka diarahkan untuk mengulas barang yang kononnya diterima dan diberi link untuk melakukan tugasan atau task tertentu.

Pada peringkat awal, tugasan ini memberikan sedikit bayaran agar mangsa rasa yakin dan percaya sistem itu sahih. Tetapi ini hanyalah umpan.

Setelah kepercayaan terbina, penipu mula masuk ke fasa perangkap sebenar dan mangsa diarahkan untuk membayar sejumlah wang untuk membuat tugas yang lain, di mana ramai akhirnya terjerat. Skim ini boleh menyebabkan kerugian kewangan dan turut mengeksploitasi maklumat peribadi mangsa.

Teknik ini dipanggil brushing scam dan adalah taktik penipu dalam e-commerce di mana penjual atau scammer:

  • Menghantar barang tidak diminta kepada individu
  • Mencipta transaksi palsu atau review palsu menggunakan nama mangsa
  • Menaikkan rating kedai atau reputasi penjual secara tidak sah
  • Mendapat maklumat peribadi penerima, yang kemudian digunakan untuk skema penipuan lain

Tujuan sebenar bukan untuk memberi hadiah atau kebaikan, ia hanya satu teknik untuk memanipulasi sistem e-commerce dan menjerat mangsa.

BARANG ONLINE

1. Berhati-hati dengan parcel pelik – Jangan mudah teruja jika menerima barang yang anda tidak order.

2.  Jangan klik link mencurigakan – Link di WhatsApp atau e-mel mungkin membawa ke laman penipuan.

3. Jangan sertai group mencurigakan – Jika dijemput ke group, fikir dua kali sebelum masuk.

4. Laporkan segera – Kepada polis atau platform e-commerce sekiranya berlaku perkara mencurigakan.

5. Anggap parcel pelik sebagai amaran – Bukan rezeki dan jangan ambil ringan.

Brushing scam bukan sahaja menjejaskan kewangan, malah boleh membuka jalan kepada penipuan lebih besar. Ingat, hadiah percuma yang datang tanpa sebab biasanya tidak semudah yang nampak.

Sentiasa berjaga-jaga, semak dahulu sebelum bertindak dan jangan mudah terperangkap dengan skim yang nampak “menarik” tetapi sebenarnya memudaratkan.

Baca juga: Cara Mohon Kad Fizikal Lesen Memandu & Kos Bayaran, Tak Perlu Kemukakan Bukti Penerbangan

Sumber: Facebook Aliff Liv Story & Threads Zxge

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×