Euforia Bola 2026
Famili

Jadual Operasi J&T Express Malaysia Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025, Barang Sampai ‘On Time’!

penghantaran barang

Salah satu perkhidmatan penghantaran barang atau kurier yang menjadi pilihan ramai selepas membuat pembelian secara ‘online’ adalah J&T Express Malaysia. Namun, disebabkan musim perayaan pasti anda akan risau barang yang dibeli tidak akan sampai tepat pada masanya kerana lambakan pesanan.

Oleh itu, J&T Express Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan penghantaran akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Baca juga: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri Di Malaysia, Semak & Jangan Lupa Bayar!

JADUAL OPERASI PENGHANTARAN BARANG J&T EXPRESS MALAYSIA SEMPENA AIDILFITRI

penghantaran barang

Foto hiasan: Freepik

“Selaras dengan misi perkhidmatan syarikat untuk beroperasi sepanjang tahun, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan mengenai jadual Pengambilan dan Penghantaran J&T sempena tempoh Hari Raya Aidilfitri 2025.

“Pelanggan disarankan untuk merujuk tarikh penghantaran bagi pelbagai destinasi untuk mengelakkan kelewatan bungkusan. Ini bagi memastikan bungkusan dapat dihantar dan diterima sebelum Hari Raya,” maklum J&T Express Malaysia.

Selain itu, J&T Express Malaysia turut menggalakkan pelanggan untuk merancang penghantaran lebih awal bagi memastikan proses penghantaran berjalan lancar dan tiba tepat pada masanya. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan pembelian di dalam minggu kedua Ramadan ini supaya barang tiba lebih awal.

Berikut merupakan rujuk jadual penghantaran dan notis rasmi untuk maklumat lanjut.

penghantaran barang

Jadual penghantaran.

Tambah J&T Express, sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam jadual penghantaran, mereka memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kefahaman orang ramai sepanjang musim perayaan ini.

Baca juga: 10 Idea Pantun Raya Sebagai Ucapan & ‘Caption’ Media Sosial, Boleh Save Siap-Siap!

Sumber: Foto (Hiredly)J&T Express Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×