Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Ibu Menangis Hiba Terjumpa Insan Muka Seiras Anak Dah Meninggal Dunia 3 Tahun Di Tanah Suci

muka seiras

Rindu seorang ibu kepada anak yang sudah kembali ke pangkuan Allah adalah satu perasaan paling berat dan sulit diperjelaskan. Namun bagi ibu ini, Allah seakan-akan menjawab kerinduannya ketika dia terlihat seorang pemuda dengan muka seiras anaknya bernama Rakha semasa berada di Tanah Suci, Makkah.

Baca juga: Tular Ikat Kasut Sekolah Guna Getah, Netizen Puji Tindakan Pantas PIBG & Wajah Tampan Pelajar Macam Model!

TERJUMPA PEMUDA MUKA SEIRAS DENGAN ANAK DI TANAH SUCI

muka seiras

Menurut si pencerita, ketika menjalani ibadah tawaf di Baitullah, wanita tersebut ternampak pemuda yang begitu mirip dengan anak tercintanya yang meninggal dunia sejak tiga tahun lalu.

Lantas, perasaan hiba menyelubungi hati ibu itu sehingga air matanya tidak tertahan.

Dalam suasana penuh emosi itu, kedua-duanya hanya berpeluang berselisih seketika sebelum terpisah. Namun, kejadian itu memberi makna mendalam kerana seolah-olah Allah mengizinkan ibu ini melihat bayangan anak tercinta yang telah pergi.

Pertemuan kedua yang menyentuh jiwa

Tidak terhenti di pertemuan pertama, Sang Pencipta sekali lagi mengaturkan pertemuan indah apabila kedua-duanya bertemu semula sejurus keluar daripada pintu Baitullah.

Wanita itu terus memeluk pemuda tersebut dengan izin keluarganya dan menitiskan air mata sebagai tanda rindu dan kasih yang tidak berkesudahan.

Meskipun pertemuan itu hanya seketika, ia memberi makna besar kepada seorang ibu yang sudah lama merindui anaknya. Kejadian ini membuktikan bahawa rindu seorang ibu mampu menyentuh hati dan jiwa, bahkan di Tanah Suci sekalipun.

Baca juga: Dua Anak Diuji Penyakit Genetik, Bapa Tunggal Tekad Pastikan Anak Mampu Berdikari Sebelum ‘Tutup Mata’

muka seiras

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan melalui rakaman video berdurasi 25 saat oleh pengguna TikTok @berlianalaydrus dan telah ditonton lebih 8.5 juta kali sejak dikongsi.

Reaksi warga maya juga menunjukkan ramai yang sebak dan mendoakan ketabahan ibu berkenaan, selain kagum dengan keindahan detik penuh emosi itu.

Peristiwa ini sekali lagi menjadi bukti bahawa perasaan ibu dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak pernah pudar, walau sudah tiada di sisi.

@berlianalaydrusDipertemukan dengan seorang anak laki laki yang mirip sekali dengan putranya yang telah berpulang 3 tahun yang lalu🥹♥️ Sempat bertemu di putaran tawaf, ya di Baitullah (Allahuakbar). Demikianlah doa seorang ibu menembus langit, ia terus berdoa ingin dipertemukan dengan seorang yg mirip Rakha, anaknya. Saat bertemu di putaran tawaf, bunda rakha hanya bs menangis haru bahagia, dan kemudian terpisah. Siapa sangka mereka dipertemukan kembali saat menuju pintu keluar masjidil harom. Sungguh Allah maha baik♥️♬ Ada Rindu Yang Hanya Sebatas Al Fatihah – Rendy Adipta

Baca juga: Hari Pertama Prasekolah Jadi Cabaran Buat Adik Missclyen, Penghidap Sindrom ‘Werewolf’- Ada Rakan Sekelas Lari!

Sumber: TikTok @berlianalaydrus

FT Image: TikTok @berlianalaydrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×