Euforia Bola 2026
Famili

Tragedi Tercekik Rambutan: Biji Tersangkut Di Kerongkong, Kanak-Kanak 5 Tahun Meninggal Dunia

Buah-buahan bertekstur licin seperti buah rambutan dan anggur sering dimakan oleh kanak-kanak kerana mudah dan dianggap selamat kerana bersifat semula jadi. Namun hakikatnya, ia boleh menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil dan belum mahir mengunyah dengan sempurna.

Terbaharu, satu tragedi menyayat hati berlaku di Kemaman, Terengganu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tercekik buah rambutan!

Baca juga: Isu Gunting Tudung Pelajar: Guru Mohon Maaf, Dipindahkan Sekolah & Tudung Sudah Diganti Baharu

Suara Tiba-Tiba Tersekat Ketika Menikmati Buah Rambutan

buah rambutan

Foto: PASTI

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Yusuf Arfan bin Ismail, dilaporkan sedang memakan buah rambutan yang telah dikupas oleh kakaknya yang berusia enam tahun. Namun, suasana bertukar cemas apabila suara Yusuf tiba-tiba menjadi tersekat-sekat, dipercayai akibat tercekik biji rambutan.

Ahli keluarga yang menyedari keadaan tersebut segera bertindak membawa Yusuf ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari. Walaupun pelbagai usaha rawatan telah dilakukan oleh pihak perubatan, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang pada hari yang sama.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat tercekik, selepas biji rambutan ditemui tersangkut di bahagian kerongkong mangsa.

Peringatan Buat Ibu Bapa, Hati-Hati Kalau Anak Nak Makan Buah Macam Ini

buah rambutan

Foto: PASTI

Allahyarham Yusuf merupakan murid di PASTI Al-Furqan, Kemaman. Pemergiannya turut dirasai oleh warga pendidikan apabila Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Tuan Damanhuri bin Dol, menzahirkan ucapan takziah menerusi laman media sosial rasmi.

Ucapan tersebut turut disertakan doa agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

Tragedi ini menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa dan penjaga agar lebih berhati-hati ketika memberi makanan kepada anak kecil. Buah yang licin, bulat dan mudah tergelincir ke saluran pernafasan perlu dipotong kecil, dibuang biji, atau dipantau sepenuhnya ketika dimakan.

Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak, terutama dalam perkara yang sering dianggap remeh. Al-Fatihah…

Baca juga: “Bukan Sekadar Taska, Ini Dapur Kasih Sayang” – Owner Taska Masak Sendiri Untuk Anak Jagaan, Menu Sihat & Sedap Licin Pinggan!

Sumber: Sinar Harian, PASTI Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×