Euforia Bola 2026
Famili

Buah Rambutan Percuma Ambil Sendiri Di Pokok, Tindakan Pemilik Pokok Dipuji Warganet

BUAH RAMBUTAN

Tular di media sosial mengenai satu video dimana sikap individu tidak dikenali memberikan buah rambutan secara percuma untuk dinikmati.

Menerusi video berdurasi kurang 1 minit itu dapat dilihat sekumpulan lelaki sedang berkumpul di tepi jalan kampung sambil mengambil buah rambutan percuma tersebut.

Baca juga: Menang Lawan Badminton Tapi Tiada Kawan Sudi Ambil Gambar, Adik Nubhan Teruja Dapat Raket Baharu!

BUAH RAMBUTAN PERCUMA KAIT SENDIRI DI POKOK

BUAH RAMBUTAN

Lebih mengujakan apabila buah rambutan secara percuma itu boleh diambil terus di pokok rambutan itu sendiri. Pemilik tidak dikenali itu turut meletakkan notis memberitahu bahawa galah turut disediakan untuk mengait buah rambutan.

“Buah percuma. Siapa nak makan boleh ambil. Galah ada tepi pokok,” tulisnya.

Tindakan pemilik pokok rambutan memberi secara percuma sudah tentunya mendapat perhatian orang kampung tersebut. Mereka pastinya teruja kerana tidak perlu membayar apa-apa.

Video yang dimuat naik oleh Amirsyazal di laman TikTok itu mendapat perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima 230,000 tontonan serta ribuan tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan pemilik pokok rambutan tersebut kerana tidak kedekut dan sanggup bersedekah dengan cara begitu.

“Seronoknya dapat gembirakan orang lain. Semoga tuan pokok murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik sentiasa,” komen salah seorang pengguna TikTok.

*Wah! Lain daripada lain idea tuan pokok untuk bersedekah. Semoga dimurahkan rezeki.

Baca juga: Stroller Jatuh Atas Landasan Kereta Api, Bayi & Bapa Disahkan Maut

Sumber: TikTok Amirsyazal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×