Euforia Bola 2026
Inspirasi

Viral ‘Pejuang Rezeki’ Solat Subuh Berjemaah Dalam Gerabak Komuter Menuju Ke Tempat Kerja, Jadi Inspirasi!

solat subuh

Kejadian yang dirakam baru-baru ini, memaparkan detik indah di dalam gerabak komuter awal pagi dari Padang Besar ke Butterworth telah menjadi teladan buat ramai orang. Menerusi video TikTok perkongsian @jamaludinjamaludi77 , kelihatan sekumpulan individu mengambil kesempatan menunaikan solat subuh secara berjemaah, meskipun dalam perjalanan ke tempat kerja.

Difahamkan, setiap daripada mereka telah membawa sejadah sendiri dan memastikan wuduk lengkap dari rumah. Tindakan ini menunjukkan komitmen tinggi terhadap kewajipan agama, sekaligus memberi contoh bahawa tiada alasan untuk meninggalkan solat walau dalam keadaan sibuk.

Baca juga: Membanggakan! Pakar Jantung IJN Terpilih Wakili Malaysia Sertai Pasukan Perubatan Sultan Brunei

TULAR SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KOMUTER, INSPIRASI RAMAI

solat subuh

Gambar: TikTok @jamaludinjamaludi77

Sementara, warga maya yang menyaksikan momen yang tular ini memuji semangat mereka. Daripada komen yang dikongsi, ada yang berkata jika menunggu hingga tiba di stesen, waktu Subuh sudah hampir habis yang dalam istilah dipanggil Subuh ‘gajah’.

Selain itu, mereka juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai motivasi untuk mereka memulakan hari dengan ibadah dan mendorong untuk menunaikan solat tepat pada waktunya.

Baca juga: “Baiknya! Macam Bagi Bapa Sendiri Makan”- Netizen Puji Jururawat Santuni Pesakit, Siap Suap Makanan Guna Tangan

solat subuh

Gambar: TikTok @jamaludinjamaludi77

Tindakan sebegini membuktikan bahawa solat fardu bukan sekadar rutin wajib buat umat Islam, tetapi juga cara menguatkan semangat, mendekatkan diri kepada Allah dan memberi keberkatan kepada rezeki yang dicari.

Malah, ia mengingatkan masyarakat bahawa kewajipan agama boleh disesuaikan dengan situasi harian tanpa mengabaikan tuntutan kerja atau urusan lain.

Dalam dunia yang serba sibuk, usaha menunaikan solat Subuh berjemaah walaupun dalam komuter boleh dijadikan teladan. Ia bukan sahaja meningkatkan disiplin diri, malah memberi inspirasi kepada ramai agar mengekalkan konsistensi ibadah, walaupun dalam persekitaran yang tidak konvensional.

Subhanallah, usaha kecil ini mampu memberi impak besar dalam memperkukuh iman dan akhlak.

Baca juga: Pemuda Derma 7 Organ Selepas Kemalangan, Detik Hospital Beri Penghormatan Terakhir Undang Sayu

Sumber: TikTok @jamaludinjamaludi77 / Sinar Plus

FT Image: TikTok @jamaludinjamaludi77

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×