Euforia Bola 2026
Nur

Penting! Permohonan Visa Umrah Ditutup 19 Mac 2026, Ini Tarikh Masuk & Keluar Bakal Jemaah Perlu Tahu

visa umrah

Perancangan umrah tidak hanya melibatkan tiket dan penginapan, malah urusan visa umrah juga perlu diberi perhatian. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui para jemaah.

Baca juga: Fakta Menarik Tentang ‘Buraq’, Makhluk Istimewa Tunggangan Rasulullah SAW Semasa Israk Mikraj

MAKLUMAT VISA UMRAH 2026 SEBELUM MUSIM HAJI

visa umrah

Gambar hiasan: DC Studio

  1. Tarikh akhir pengeluaran visa umrah adalah 19 Mac 2026 (1 Syawal 1447H).
  2. Tarikh kemasukan terakhir ke Arab Saudi adalah 2 April 2026 (15 Syawal 1447H), manakala tarikh keluar mutlak adalah 18 April 2026 (1 Zulkaedah 1447H).
  3. Tiada lanjutan visa dibenarkan, walaupun visa asal mempunyai tempoh sah sehingga 90 hari.

Menurut laporan The Islamic Information, tarikh 19 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah dan merupakan hari terakhir visa umrah dikeluarkan bagi musim umrah sebelum Haji.

Semua jemaah yang telah memperoleh visa diwajibkan memasuki Arab Saudi selewat-lewatnya pada 2 April 2026 (15 Syawal 1447H). Tarikh ini ditetapkan sebagai tarikh kemasukan terakhir tanpa pengecualian.

Lebih penting, pihak berkuasa Arab Saudi turut menetapkan tarikh keluar terakhir iaitu pada 18 April 2026 (1 Zulkaedah 1447H). Selepas tarikh ini, tiada jemaah umrah dibenarkan berada di Makkah.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa tiada sebarang lanjutan visa umrah dibenarkan, walaupun visa yang dikeluarkan mempunyai tempoh sah sehingga 90 hari. Penutupan bermusim ini mengatasi semua tempoh sah visa individu.

Baca juga: Ustazah Asma’ Jelaskan Hukum Bersentuhan Bukan Mahram WALAU Berlapik, Jangan Ingat Semua Boleh Ya!

visa umrah

Gambar: BERNAMA

Langkah ini diambil bagi memastikan Kota Makkah dikosongkan sepenuhnya daripada jemaah umrah, sekali gus membolehkan persiapan logistik dan rohani dijalankan dengan lebih teratur menjelang musim Haji.

Difahamkan, musim umrah bagi tahun Hijrah 1448H dijangka dibuka semula sekitar pertengahan Jun 2026, selepas selesai ibadah Haji tahunan.

Sehubungan itu, bakal jemaah dinasihatkan agar menguruskan permohonan visa umrah lebih awal sebelum tarikh tutup 19 Mac, selain merancang perjalanan dengan teliti mengikut tarikh masuk dan keluar yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Baca juga: Ustaz Kongsi 4 Kunci Utama Untuk Kekal Istiqamah Baca al-Quran, Rasa Tak ‘Best’ Jika Sehari Tak Baca

Sumber: The Islamic Information / HQ Kembara Mukmin Travel & Tours Sdn. Bhd

FT Image: The Islamic Information / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×