Euforia Bola 2026
Rakyat

Arab Saudi Perkenal Visa Umrah Baharu, Boleh Masuk Berkali-Kali Selama Setahun!

visa umrah

Arab Saudi kini menawarkan kemudahan baharu kepada jemaah umrah menerusi pelaksanaan visa umrah kemasukan berulang kali yang sah selama 365 hari dari tarikh dikeluarkan.

Inisiatif yang diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu membolehkan pemegang visa memasuki negara berkenaan beberapa kali sepanjang tempoh sah visa, dengan jumlah keseluruhan tempoh penginapan sehingga 90 hari.

Baca juga: Tunggu Naik Pangkat Sampai 8 Tahun? Kerajaan Teliti Semula Sistem Kenaikan Pangkat Penjawat Awam

VISA UMRAH BERULANG KALI DIPERKENALKAN

VISA UMRAH

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), pelaksanaan visa baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk mempertingkatkan pengalaman jemaah serta memudahkan urusan perjalanan ibadah.

Langkah tersebut juga selari dengan matlamat Visi 2030 Arab Saudi dan Program Pengalaman Jemaah yang memberi fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan serta transformasi digital dalam sektor pelancongan dan keagamaan.

Bagi setiap lawatan umrah yang dilakukan, pemegang visa perlu mendapatkan pakej perkhidmatan daripada penyedia yang diiktiraf menerusi platform Nusuk.

Tempoh pakej yang dibeli juga tidak boleh melebihi baki hari yang masih tinggal dalam tempoh sah visa berkenaan.

Selain itu, jemaah perlu mendapatkan permit umrah melalui aplikasi Nusuk sebelum memasuki Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan bahawa visa tersebut akan dinyahaktifkan secara automatik selepas pemegangnya meninggalkan negara itu.

Bagi lawatan seterusnya, visa hanya akan diaktifkan semula selepas semua syarat dan keperluan yang ditetapkan dipenuhi.

VISA UMRAH

Visa umrah kemasukan berulang kali ini tidak boleh digunakan sepanjang musim haji, iaitu bermula 1 Zulkaedah sehingga 13 Zulhijah setiap tahun.

Beri fleksibiliti kepada jemaah

Pelaksanaan visa ini dijangka memberi lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada umat Islam yang ingin menunaikan umrah pada bila-bila masa sepanjang tahun tanpa perlu membuat permohonan visa baharu bagi setiap perjalanan.

Pada masa sama, ia turut menyokong usaha Arab Saudi dalam memperkukuh sistem perkhidmatan digital serta meningkatkan kecekapan pengurusan jemaah dari pelbagai negara.

Baca juga: “Jantan B*doh!”- Rumah Tangga Jadi ‘Pertaruhan’ Bola Sepak, Suami Janji Cerai Talak 3 Kerana Argentina Kalah

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×